Ahad, 15 Disember 2013

Mesir dilanda salji buat kali pertama dalam 112 Tahun

 
Masanya hampir tiba. Petunjuk apakah bila salji muncul buat pertama kali sejak 112 tahun di Mesir, Palestine dan Jordan (serta Negeri Syam).Dari Ibnu Mas'ud ra berkata ketika kami berada bersama Rasulullah SAW , tiba tiba datang sekumpulan anak muda dari Bani Hashim. Apabila terlihatkan mereka tiba tiba air mata baginda berlinangan dan air muka baginda berubah. 
 


Kami pun bertanya "Kenapakah kami melihat wajah Tuan seperti tidak kami sukai". Baginda menjawab "Kami Ahlul Bayt telah Allah pilih kami untuk akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datang satu kaum dari sebelah Timur membawa bersama sama mereka Panji Panji Hitam. 

Mereka meminta kebaikan tapi tidak diberikannya, maka mereka berjuang dan memperoleh kejayaan lalu diberikan apa yang mereka minta tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaumku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelum ini. Sesiapa antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu walaupon terpaksa merangkak di atas salji. Sesunguhnya dia adalah Al Mahdi. - (Riwayat Ibnu Majah).

Tag : Gambar  Mesir dilanda salji buat kali pertama dalam 112 Tahun 

  
rfm2u.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...