Ahad, 22 November 2015

Harta

Gambar sekadar hiasan sahaja.
Ada orang berpendapat bahawa harta menjamin kejayaan hidup. Anggapan itu salah sebenarnya. Hakikat yang ada ialah Allah ta'ala meletakkan kejayaan dalam agama ikut cara Rasulullah s.a.w. Ini yang betul.

Hidup yang berjaya seperti berjaya mencapai cita-cita hendak jadi Jurutera atau Doktor atau Peguam memang cita-cita semua orang semasa kecil sebab ibubapa kita menggalakkan sedemikian, walhal kejayaan tersebut hanya sementara asbab dunia ini pun semantara.

Namun dengan kecapaian cita-cita tersebut menjadikan seseorang itu hidup dalam keadaan mewah, apa saja yang dikehendaki dapat semua dan tidak ada apa-apa halangan bagi dia mendapat segala apa yang dihajatinya. Bahkan hidup yang sedemikian jika disertai dengan kefahaman agama yang luas menjadikannya manusia yang untung didunia dan untung diakhirat.
 

Mereka meletakkan hampir-hampir kesemua harta mereka kepada jalan Allah dan inilah yang Allah sebut dalam hadith qudsi, 'Mereka yang memberi hutang kepada Allah'. Allah ta'ala juga telah sebut dalam al Quran. 'Sesungguhnya harta dan diri kamu itu Allah telah beli dan Allah telah bayar dengan syurga.'

Disini sikaya itu jika tidak hendak memberi pinjam hartanya kepada Allah ta'ala bermakna dia akan rugi diakhirat kelak. Ketika mana dia dibangkitkan dia akan meminta untuk dikembalikan kedunia untuk mengheret hartanya untuk jalan Allah. Tetapi mustahil baginya sama seperti mustahil seekor unta hendak dimasukkan kedalam lubang jarum. Hartanya telah ditinggalkan untuk diwarisi oleh anakcucu serta zuriatnya dan dengan harta tersebut juga anakcucu serta zuriatnya jauh dari memperingati Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w. sewaktu peristiwa Israa telah melihat kedalam neraka yang dipenuhi oleh orang-orang kaya. Di Padang Mahsyar juga senarai orang kaya yang menunggu haisaban begitu panjang sedang orang-orang miskin sudah selesai hisaban dan ada yang telah sampai kedalam syurga untuk menikmati hidup sehat, aman selama-lamanya tanpa ada penghujung.

Bagi sikaya yang hampir menemui ajalnya dan dia juga telah tahu bahawa ajalnya sudah sangat hampir ada juga yang mewasiatkan apabila dia mati hartanya mahu diwakafkan kepada rumah anak-anak yatim atau masjid atau rumah-rumah kebajikan yang lain. Sebenarnya harta itu sudah tidak dapat digunakan olehnya dan selepas dia mati harta itu sampai kepada maksudnya sedangkan pahala sedekah yang dianggap sedekah sebenarnya tidak mendatangkan pahala kecuali anak-anak yang soleh yang ditinggalkannya. Harta warisan yang diwakafkannya tidak mendatangkan apa-apa faedah pun sebab dia sendiri pun sudah tidak dapat menggunakannya, ianya sama seperti sisa makanan yang tidak boleh dihabiskan lalu diberi kepada anak yatim atau masjid.

Yang terbaik adalah harta diwakafkan semasa masih muda dan masih sihat diwaktu ia sangat-sangat memerlukan kepada harta tersebut. Tapi berapa orangkah yang mampu berbuat demikian. Segala apa yang ada dihabiskan sebelum malam dan esok ia akan menaruh keyakinan kepada Allah bahawa Allah akan memberikannya yang lebih baik dari semalam. Yakin dia bahawa Allah yang memberi segala-galanya menjadikannya tidak ragu-ragu untuk memberikan apa yang dia miliki kepada orang lain yang memerlukannya.

Allah Maha Kaya dan KhazanahNya tiada penghujung.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok  wan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...