Kadang kulit wajah lebih serasi kalau guna bahan alami. Walau kesannya
kagak ambil masa yang lama tapi jika kosisten, anda boleh dapat
keputusan yang lebih luar biasa. Untuk awal penggunaan, anda perlu
amalkan setiap minggu. Ok, sekarang pilih dulu mana satu bahan yang
mudah untuk anda buat...
1. Peria Katak Rahsia Awet Muda
Amalkan makan peria katak setiap hari. Sama ada dimasak sebagai sayur
atau dijadikan ulam. Peria katak mempunyai khasiat yang sangat baik
untuk kecantikan dalaman wanita. Agar mendapatkan hasil terbaik, peria
katak mentah adalah yang terbaik. Amalkan, anda pasti gembira dengan
hasilnya.
2. Bawang Merah Pudarkan Jeragat
Potong bawang kepada dua bahagian. Kemudian, gosokkan bawang pada
bahagian yang bermasalah. Gosok secara perlahan-lahan, lakukan setiap
malam sebelum tidur. Jeragat akan beransur pudar.
3. Lidah Buaya Atasi Jerawat
Bagi anda yang berdepan dengan masalah jerawat. Sapukan bahagian
berjerawat dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehingga kering, bilas
dengan air suam. Jerawat akan kecut dan tidak meninggalkan parut.
4. Asam Jawa Hilangkan Parut
Ramas asam jawa bersama sedikit air. Bancuh sehingga pekat, kemudian
sapukan pada parut. Lakukan sekerap mungkin, parut akan semakin pudar.
Petua ini amat sesuai dilakukan untuk mereka yang mempunyai parut demam
campak.
5. Air Limau Nipis Kuruskan Badan
Perahkan limau nipis, jadikan jus. Pastikan air perahan ini pekat. Bagi
mendapatkan rasa yang enak, letakkan sedikit gula. Minum jus limau
nipis dua kali sehari selepas makan tengah hari dan makan malam. Berat
akan turun secara perlahan-lahan.
6. Kapur Sirih Kempiskan Perut
Perah limau nipis, campurkan dengan kapur sirih. Bancuh bahan sehingga
pekat. Lumurkan pada bahagian perut. Biarkan kering, kemudian pakai
bengkung. Lakukan petua ini setiap hari sebelum tidur. Perut buncit
dapat diatasi dengan cara yang selamat dan berkesan.
7. Bayam Haluskan Kulit
Ambil segenggam daun bayam dan bersihkan. Tumbuk kesemua daun bayam
sehingga lumat dan halus, boleh juga dikisar. Selepas itu, campurkan
dengan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan kesemua bahan itu
hingga rata. Jadikan ramuan ini sebagai masker. Lakukan dua kali
seminggu, kulit wajah akan menjadi halus dan lembut.
mingguan wanita
bestnya..byk tips berguna
BalasPadam