Selasa, 2 Julai 2013

Makanan yang Membuat Wajah Bersih

Tujuan aku menulis entri bertajuk Makanan yang Membuat Wajah Bersih adalah untuk menarik minat pengunjung wanita untuk membaca blog ini. Majoriti pembaca blog ini adalah lelaki. Entri-entri seterusnya aku akan lebih memfokuskan untuk golongan wanita. Usaha ini akan diteruskan sehinggalah perbezaan peratus pembaca lelaki dan wanita tidak begitu ketara. Huuu….

5 Makanan yang Membuat Wajah Bersih

1. Buah Mangga.

Buah Mangga memang sedap. Buah itu dapat membantu memulihkan kulit. Ianya mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A. Ia dapat mengelakkan kulit daripada berkedut pada usia yang muda. Buah mangga adalah berkalori rendah. Jadi, buah ini amat sesuai diamalkan  ketika diet.

Makanan yang Membuat Wajah Bersih - Mangga
Salah satu makanan yang membuat wajah bersih.



Kisah Wujudnya Tapak Ibrahim Berdekatan Baitullah


Setelah Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah s.w.t. menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah s.w.t. meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda. Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.
 
 

9 sebab susah nak cari calon?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan, kalau belum sampai jodoh tu maksudnya Allah belum temukan lagi si dia. Jangan pulak terus putus asa.
 
 
 
Walaupun macam tu, ketentuan Allah kena dengan 'asbab' dari usaha kita jugak, takkan nak tunggu datang bergolek...heee

Antara sebabnya:
 
 

Benar Kata Orang

Benar kata orang. Apabila cinta terhadap manusia sudah menguasai hati, kita mudah diperangkap oleh tipu daya dan muslihat syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang dahulunya mengatakan “cinta kerana Allah SWT” perlahan-lahan diulit tipu daya dan muslihat syaitan.

Cinta sebelum kahwin sememangnya mampu mengundang kepada lembah penzinaan. Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. Perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. Niat pada awalnya ingin membimbing seorang wanita perlahan-lahan hanyut ke lembah penzinaan.


Karya Sayu | Kerana Dia Seorang Isteri


Subuh itu, sebelum bangkit dari pembaringan, aku merasa dahi dan leher isteriku yang demam. Masih panas. Dengan keadaan dia yang tak lalu makan dan ‘datang bulan’, dirinya lesu, lemah dan tak bertenaga. Aku capai cool fever malam tadi di dahinya lalu aku gantikan dengan yang baru. ‘’Semoga cepat sembuh ya Sayang’’ bisikku di telinganya.
 
 

Barakah Itu Ada Dalam Dirimu Muslimah

Sudah masuk kali ketiga Aisyah melontar anak-anak batu ke arah sekumpulan anak-anak ketam di atas pasir pantai yang memutih itu. Setiap kali terkena lontaran anak batu, bertempiaranlah anak-anak ketam lari menyelamatkan diri. Jika dilihat dari jauh, kelihatan warna-warna putih sedang bergerak dengan pantas sekali. Itulah anak-anak ketam yang sedang lari ketakutan.

Muslim hanya memandang dari jauh. Dia sengaja membiarkan Aisyah berbuat demikian. Seingatnya, ini adalah kali kedua dia membawa Aisyah bersiar-siar di tepi pantai selepas sebulan mereka mendirikan rumahtangga. Kali pertama dahulu di Teluk Batik, Perak. Dan kali ini, di kediamannya sendiri, Pulau Langkawi.

Sebenarnya dia mahu menghabiskan cuti hujung minggu kali ini bersama kedua ibu bapanya. Lalu dibawa bersama isteri tercinta pulang bersama ke kampung.


Isnin, 1 Julai 2013

Sempurnakah Kita Untuk Memilih Yang Baik Baik Sahaja?

perfect1
Seringkali kita mendengar jawapan; bila bertanya dengan seseorang tentang ciri ciri pasangan pilihannya. Pasti banyak yang keluar jawapan mahu yang kaya, yang kacak, cantik, sedap mata memandang dan sebagainya. Untuk isu kali ni kita abaikan ciri ciri yang selayaknya ada seperti baik hati, penyayang dan lain lain. Ciri ciri selayaknya ini bukan satu ciri idaman tapi adalah ciri yang sememangnya sudah ada dalam diri setiap individu.


10 Perkampungan Air Serata Dunia.

1. Ko Pani, Thailand
 
lagi keunikan perkampungan air di bawah
 
 

Inilah Jambatan Gantung Paling Panjang Di Dunia – GAYAT!!

Jambatan Gantung Paling Panjang Di Dunia, Jambatan Terpanjang Di Dunia, Jambatan Di China, Keajaiban Dunia, Jambatan Aizhai di China, Jambatan Gantung  


Inilah Jambatan Gantung Paling Panjang Di Dunia – GAYAT!! | Jambatan Gantung Aizhai Terpanjang di China kini dibuka sepenuhnya. Tapi jika anda takut dengan ketinggian, jangan lawati atau lalui jambatan ini. Jambatan Aizhai di China kukuh berdiri di atas ketinggian 335 meter.

Aizhai Extra Large Suspension Bridge mempunyai panjang sekitar 1,200 meter atau 1.2 kilometer. Jambatan ini dibina untuk memudahkan perjalanan lalu lintas di daerah Jishou di Povinsi Hunan.


Sejarah Empayar Khazaria - Yakjuj dan Makjuj

Sejarah Empayar Khazaria
Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai sejarah Empayar Khazaria? Khazaria adalah sebuah kerajaan milik Yajuj Majuj sebelum mereka dikurung di sebalik tembok Zulkarnain. Sehingga tiba masanya, tembok tersebut telah runtuh dan mereka (Khazars) telah bertebaran ke seluruh pelusuk dunia, terutamanya Eropah.

ADAKAH TEMBOK YAKJUJ DAN MAKJUJ TELAH TERBUKA?

Tembok menyekat kaum Yajuj Majuj telah lama terbuka apabila orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk negara Israel pada tahun 1948. Allah SWT telah memberi keterangan di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:
…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya’juj dan Ma’juj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi…” (al-Anbiyaa : 95-96)


Resepi - Tauhu Goreng Singapura

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni kita makan tauhu goreng singapura pulak. Saya pun tak tau, kenapa di beri nama sedemikian rupa...hanya tuan punya resepi saja yg boleh menjawabnya...mungkin juga kawan2 di Singapura boleh menjawabnya. Resepi ni mudah dan ringkas, tapi saya cukup suka rasa sambal kacang yg mcm ni., sudah semestinya sedap hingga menjilat jari dan segala pinggan. Kalau kawan2 nak rasa tu, bolehlah mencubanya...

  Tauhu Goreng Singapura


Tahukah Anda : Kain Cindai



Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.

15 Tip Terbaik Kawal Panas Baran

Kita biasa dengar apabila suami panas baran, isteri tempat meluahkan kemarahan. Apabila isteri panas baran, anak-anak pula menjadi mangsa. Kemarahan boleh menyebabkan satu masalah paling besar dalam hidup jika tidak dikawal. Jika anda mampu mengawal kemarahan, bermakna anda mampu mengawal masalah dengan tenang. Berikut merupakan beberapa tip mudah tetapi berguna jika anda tiba-tiba saja diserang emosi 'jahat' ini.

1. Tarik Nafas
Menarik nafas sedalam-dalamnya membantu menenangkan saraf-saraf yang dalam keadaan tegang. Ia boleh memudahkan anda berhenti daripada marah dengan segera.

Cara Romantik Melamar Kekasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Ramai yang ingin melamar kekasih hati tetapi tidak mempunyai idea untuk melamar mereka dengan cara yang romantik. Apa kata Kasih Suci berikan beberapa tips untuk melamar pasangan anda.


ALASAN-ALASAN TERBAIK YANG SERING DIBERIKAN

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera semua...

Hari ini nak buat entri yang pendek sahaja. Cukup-cukup makan orang kata. Entri ini aku pilih untuk di'publish'kan setelah meneliti dan menapis segala macam yang tak berkenaan. Dah bertimbun draft entri dalam blog ni. Aku rajin buat entri tapi malas nak terbitkan. Biasalah..kena nilai betul-betul dulu baru boleh terbitkan. Tak nak orang makan hati atau terasa hati.

"Orang sekarang semua nak makan ubat yang manis ala-ala vitamin C tu..sedap dan seronok dimakan katanya. Ubat yang pahit-pahit tu taknak. Tekak tak boleh nak terima..." (siapa-siapa yang faham ayat ni..baguslah. Bagi yang tak faham tu..bacalah sampai faham..)

Sebelum aku merapu entah apa-apa. Ada baiknya kita kembali semula kepada tajuk utama kita tadi iaitu:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...