Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada
kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan
kain yang mempunyai tenunan benang tinggi setiap inci dan dikatakan
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.

Pembuatan
kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan
jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang
tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status
sebagai bangsawan dan hartawan. Terengganu terkenal sebagai penghasil
kain cindai atau limar pada abad ke 19.
Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dan dikatakan mereka dapat memecahkan busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu. Kebiasaannya pesilat wanita menggunakannya sebagai senjata pertahanan diri kerana kain cindai digunakan sebagai tudung/selubung, selendang atau ikat pinggang dalam pemakaian tradisional pakaian wanita Melayu.
Dalam kesusasteraan Melayu, kain Cindai telah digunakan oleh Hang Jebat bagi membebat /membalut luka sebelum dia turun mengamuk. Hang Jebat dikatakan hanya mati selepas bebatan kain Cindai itu dibuka oleh Hang Tuah.
sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kain_Cindai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan