‘’ Mungkin Allah ingin menguji aku agaknya,’’ getusku di dalam hati.
Jam
10 malam tadi, selepas siap bertarawih, perutku memulas-mulas. Kesakitan ini
tidak hilang setelah sekali aku ke tandas. Bahkan, setelah berkali-kali pun, ia
masih degil untuk pergi.
12.00
tengah malam : toilet..
1.30
pagi : toilet..
2.15
pagi : toilet..
3.30
pagi : toilet..
Sehinggalah
ke waktu sahur, aku masih ke toilet. Tidurku terganggu dengan ketidakselesaan
ini. Terima kasih ku ucapkan kepada suamiku kerana telah memberi segala macam
ubat padaku. Bermula dari menelan gugusan pil Chi Kit Teck Aun sehinggalah
meminum teh pekat, aku kisar semuanya dalam perutku. Namun natijahnya..
negatif.
9.30
pagi. Dalam ketidaklaratan ini, aku gagahkan jua badan untuk berdiri,
menyiapkan makanan si manjaku, Aufa Izzati. Umurnya yang mencecah 1 tahun 3
bulan, memerlukan bekalan tambahan untuk dia membesar. Jika hanya berbekalkan
kalsium dan zat susu badanku, ia memang tidak cukup untuk mengenyangkan dia. Suamiku?
Suamiku terpaksa ke pejabat hari ini kerana dia perlu menghadiri meeting
penting.
‘’
Takpelah sayang. Mama akan kuatkan diri ini untuk siapkan makanan sayang. Aufa
jangan risau ye,’’ kataku padanya. Walhal, itu adalah ayat motivasi buat diriku
agar aku gagah untuk bertahan.
Bagi
mengelakkan Aufa mengganguku di dapur, aku lekakan dia dengan Finding Nemo, animasi
kesukaannya di ruang tamu. Di samping itu, aku bekalkan dia dengan sebotol air
masak dan biskut Baby Bites. Aku berharap, dengan cara ini, dia dapat bersabar
menunggu juadahnya sebagaimana aku bersabar menghadapi sakitku.
Cara
hanya tinggal cara. Selang beberapa minit, dalam rengek tangisannya, dia datang
menghampiri aku di dapur. Betullah kata orang tua ; anak kalau diberi susu
badan, dia akan rapat dengan kita. Kehilangan kita, jika tak nampak pada
pandangan matanya, dia akan menangis. Itulah yang terjadi kepadaku. Aufa amat
‘pantang’ jika berpisah denganku walau seketika. Walau aku di dapur dan dia di
ruang tamu tengok cerita. Apa yang dia nak, aku mestilah menonton bersamanya. Kalau
macam tu, macam mana aku nak buat kerja.
‘’Hmmmhhhhhh.. ,’’ keluhku lemah.
‘’
Aufa tengoklah cerita tu sorang-sorang kejap. Mama nak siapkan makanan Aufa
ni..,’’ pintaku lembut.
Lembut
suara ini tidak memberikan sebarang kesan padanya. Tangisannya diteruskan malah
semakin kuat. Nak tak nak, aku terpaksa turutkan kemahuannya. Sambil menahan
kesakitan, aku dukung dia dan bawa ke depan. Setelah dia reda, khusyuk dan
ralit.. Aku kembali ke dapur. Menyiapkan tugasan yang tertangguh.
Berbekalkan
cebisan kudrat yang masih ada, aku tanak seperiuk kecil bubur buatnya. Aku
gerakkan kaki ini dengan langkahan-langkahan kecil. Aku capai hirisan-hirisan
daging ayam, lobak dan kentang di atas sinki. Belum sempat aku gaulkan sekali,
dia datang kembali. Dengan botol air kecil ditangannya, dia menangis. Menangis
kerana mahukan aku di sisi. Begitulah seterusnya. Diriku yang telah layu ini
semakin kuyu dek melayan karenahnya. Sehinggalah..
Kali
itu, apabila dia masih lagi terkedek-kedek ke dapur berserta esak tangis
sandiwaranya, sabarku yang senipis kulit bawang ini semakin tenggelam. diriku
hilang kawalan.
Ketika
dia datang merengek rayu, berpegang pada betisku, amarahku menguasai diri. Aku
sentap kuat bahunya memisahkan dia dengan aku. Dengan sekuat hati, aku jerit
menyebut namanya
‘’AUFA
!!! KAN MAMA DAH CAKAP. PERGI DEPAN. JANGAN KACAU MAMA. KENAPA SUSAH SANGAT NAK
FAHAM NI ??!! ’’
Serentak dengan tengkingan itu, satu tamparan sudip kayu aku ‘hadiahkan’ pada pehanya. Dia
melalak. Meraung kesakitan bersama kekecewaan. Aku biarkan. Biar dia tahu aku
amat ‘tension’ melayannya.
Kerusi
aku tarik. Aku duduk sambil mukaku ku tutup. Aku cuba untuk menenangkan diri
yang totally lost sebentar tadi. Aufa yang masih lagi menangis, perlahan-lahan
berjalan ke depan, masuk menuju ruang tamu. Botol air di tangannya tidak
dilepaskan. Dalam tangisan, dia memaksa dirinya melihat usaha seekor bapa
penyayang mencari anaknya yang hilang diculik orang.
Setelah
aku bertapak kembali ke alam nyata, aku masuk mendapatkan Aufa. Tangisannya
yang tadinya bingit, beransur suram tetapi masih tidak hilang. Mungkin sakit
akibat pukulanku tadi masih berbekas di hatinya. Hatiku sayu melihatkan
keadaannya. Aku dakap jasad kecil itu sambil memujuknya.
‘’
Shhhh.. Dah sayang.. Jangan nangis.. Dahhh... Tu lah Aufa, bila mama cakap, Aufa
tanak dengar. Degil. Bila mama marah, macam ni lah jadinya. Mama dah la tak
larat ni. Mama tak sihat sayang.. Aufa tolonglah faham mama ya.. ‘’ ucapku
menjelaskan situasi tadi. Biarpun mungkin dia tidak faham apa yang aku katakan,
sekurang-kurangnya ia dapat melegakan aku, melepaskan diri dari kesilapan aku
memarahinya.
Tanganku
gosok pada pehanya. Lama. Akhirnya, dia berhenti menangis tapi masih
teresak-esak. Aku baringkan dia. Aku berikan dia susu badan. Cepat-cepat dia
minum. Takut aku memarahinya lagi. Ketika asyik dia menyusu, aku selak seluarnya.
Ya Allah.. merah. Hatiku yang tadinya sayu meruntun syahdu.
‘’
Kuatnya aku pukul dia.. ‘’
Air
mataku mula bergenang. Menyesalnya aku dengan tindakan memukulnya tadi.
Bukankah cukup untuk aku menegkingnya sahaja? Kenapa sampai memukul?
Air yang tadinya bergenang akhirnya tumpah. Panas. Lantas menimpa ubun-ubun lembut kepala Aufa. Aku tak mampu untuk menahan sebak hati ini lagi. Aku teresak-esak. Menangis mengenangkan sikapku yang keterlaluan sehinggalah menjadikan Aufa penebusnya.
Air yang tadinya bergenang akhirnya tumpah. Panas. Lantas menimpa ubun-ubun lembut kepala Aufa. Aku tak mampu untuk menahan sebak hati ini lagi. Aku teresak-esak. Menangis mengenangkan sikapku yang keterlaluan sehinggalah menjadikan Aufa penebusnya.
Esak
suaraku menyedarkan Aufa yang sudah hampir terlena. Tanpa aku sedari, tangan
kecilnya menepuk-nepuk dadaku.. Seolah-olah memujukku agar berhenti menangis.
‘’Ya
Allah.. Ampunilah dosaku.. ‘’ :,(
****************************
Inilah
kita. Apabila Allah tidak memberikan rezeki anak kepada kita, kita akan berdoa,
memohon, merayu kepada-Nya agar dikurnikan anugerah berharga itu. Tetapi,
bilamana Allah menghadiahkan mereka kepada kita.. Apa yang kita lakukan?
Kita
marah mereka bila mereka buat salah. Kita pukul mereka bila mereka tak dengar
kata. Adakah permintaan kita kepada Allah suatu ketika dahulu agar dikurniakan anak
adalah semata-mata untuk dimarahi? Atau melepaskan kegeraman yang bersarang di
hati?
Ingatkah
kita akan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw tentang cara mendidik anak
kecil? Ketika anak berumur 1-7 tahun, Rasulullah menyuruh kita untuk
memanjakan, mengasihi dan menyayangi mereka dengan kasih sayang yang tidak
terbatas. Biarkan mereka bermandikan kasih sayang. Bukan dihujani dengan tengkingan
dan pukulan.
Wahai ibu bapa sekalian, di sini ingin saya nasihatkan diri
saya agar kembali meneliti dan menghisab cara kita mendidik anak-anak. Adakah
bertepatan dengan nilai Islam atau jauh terpesong di persimpangan.
Ingatlah, anak-anak kita adalah amanah dari Allah. Mereka ibarat kain putih yang tiada tercemar. Andai kita conteng kain itu dengan semburan yang menyakitkan mata, maka kain buruklah jadinya. Tetapi, seandainya kita lukis ia dengan corak yang beralun cantik, ia akan menjadi sehelai kain sutera. Bukan sutera biasa, tetapi sutera yang bakal menyelamatkan kita dari sambaran api neraka seterusnya menjadi asbab kita dimasukkan ke syurga.
karyawan bisu blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan