Dalam hubungan suami dan isteri, tiap seorang dari mereka perlulah
prihatin akan keperluan zahir dan batin pasangan. Apabila menyebutkan
hal ini, tidak semestinya hanya menjurus terutamanya kepada hubungan
seks semata.
Ada pelbagai perkara lain yang selama ini mungkin terlepas pandang dalam
kehidupan berumah-tangga. Perkara yang dilihat mudah tetapi ianya
dapat memainkan peranan besar dalam mencipta kebahagiaan hidup bersama.
Berikut di bawah adalah kemungkinan perihal yang pihak isteri inginkan suaminya membuat perkara-perkara tertentu, iaitu :
1. Saya suka suami turut bantu saya dengan kerja-kerja rumah selepas balik
kerja
2. Saya suka bila suami pesan dan doakan saya sebelum pergi kerja
3. Saya suka suami hantar (dan ambil) saya ke tempat kerja
4. Saya suka suami cium saya bila nak pergi kerja dan bisikkan "I Love You Sayang"
5. Saya suka suami membelai dan mengurut badan saya selepas seharian stress dan letih bekerja
6. Saya suka sekali sekala suami bawa saya makan "candle light dinner" di restoran yang menarik
7. Saya suka bila suami ingin luangkan masa mendengar masalah saya di tempat kerja
8. Saya suka bila suami peluk saya apabila ingin tidur
9. Saya suka bila suami sms/whatsapp ayat-ayat cinta tanda ingatan kepada saya sewaktu kerja
10.Saya suka setahun sekali suami bawa saya bercuti ke pusat peranginan yang menarik.
http://smskey.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan