Isnin, 22 Julai 2013

Pembinaan London Bridge

ohtidak-london-bridge-6
Tidak ramai yang tahu tentang sejarah jambatan ini. Untuk pengetahuan anda, jambatan ini lebih dikenali sebagai London Tower Bridge, dan ia dibina pada tahun 1886.

Pada awal abad ke 19 London sudah menjadi sebuah pusat bandar yang sesak,tambahan kemasukan kapal dagangan ke pelabuhan London yang semakin meningkat menyebabkan penduduk bandar itu mencari jalan lain untuk memudahkan proses menyeberangi sungai tanpa menggangu laluan utama kemasukan kapal dagangan.




Sebanyak 50 reka bentuk jambatan telah dihantar, hinggalah pada tahun 1884 seorang lelaki bernama Sir Horace Jones, yang juga seorang arkitek bandar London telah menghantar sebuah plan reka bentuk dan ianya telah diluluskan.

ohtidak-london-bridge-7
kerja pembinaan bermula pada tahun 1886, dan seramai lima orang kontraktor telah terlibat disepanjang proses pembinaan London Bridge Tower. Akhirnya selepas proses pembinaan yang berjalan selama lapan tahun ianya telah siap dibina pada 30 jun 1894, dan dirasmikan oleh King Edward VII dan isteri beliau.

Sehingga kini ia masih teguh berdiri dan kekal menjadi mercu tanda bagi London
oh tidak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...