Lama sudah rasanya aku tidak menulis. Hampir seminggu rasanya. Bukan kerana tidak mempunyai masa dan bukan juga kerana ketandusan idea. Cuma, aku ingin menyepi seketika. Mencari arah dan cahaya yang semakin lama semakin malap. Risau dengan keadaan diri yang entah bagaimana akhir hidupnya ini.
Kehidupan kita sekarang macam anak-anak yang dihantar masuk sekolah asrama ataupun universiti. Tinggalkan ibu bapa selama 2 minggu, 3 minggu dan ada yang berbulan dan bertahun-tahun. Bila balik kampung bawa segulung kertas berwarna yang disulami dengan perhiasannya tersendiri. Maka, terubatlah rindu orang tua kita. Tapi malangnya, ada juga yang tidak balik-balik menjenguk walaupun untuk seketika.
Dan bayangkan wahai Umat Manusia. ALLAH SWT telah hantar kita ke dunia ini. Berapa lama kita telah hidup?? Berapa lama kita telah meninggalkan-NYA?? Tahukah kamu bahawa ALLAH SWT merindui dirimu.
Ada yang datang kepada ALLAH 5 kali sehari, ada yang 4, 3, 2, dan ada juga yang hanya 1 kali sehari. Tapi malangnya, ada juga yang lupa terus dengan ALLAH SWT.
Sedangkan kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-NYA melebihi daripada kasih seorang ibu terhadap anaknya.
Cuma kita yang bernafsukan besi ini seringkali ikut cakap syaitan, hingga tidak sedar akan kasih sayang ALLAH SWT.
Wallahu 'alam..
http://kum-pun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan