Siaran dari stesen televisyen sentiasa
terpancar 24 jam. Ada TV dapat terima siaran itu. Ada yang tidak. TV
yang tidak dapat menerima siaran mungkin kerana TVnya rosak, salah setting atau mungkin TV itu berada dalam lingkungan yang tidak sesuai.
Begitulah kalau kita mahu ibaratkan hidayah, taufiq dan hikmah daripada ALLAH Ta`ala dan hati kita.
Hidayah, taufiq dan hikmah daripada ALLAH
Ta`ala 24 jam ALLAH pancarkan kepada semua makhluq seluruh alam ini.
Tidak pernah berhenti. Tidak pernah padam. Tidak pernah kurang. Tidak
pernah lemah pancaran tersebut. Betapa pemurahnya ALLAH. DIA Maha
Hidup dan Maha Berdiri Sendiri. DIA tidak pernah mengantuk, apatah lagi
tidur.
Masalahnya ialah pada hati kita.
Jika hati kita rosak, salah setting
atau jika kita duduk bersama orang-orang yang salah dan tidak sesuai,
maka sukarlah mendapat hidayah, taufiq dan hikmah daripada ALLAH.
Sukarlah untuk berubah kepada kebaikan yang diredhai ALLAH.
Tetapi jika hati elok, bersih, suci, betul settingnya
dan duduk pula di kalangan orang-orang yang soleh, maka in shaa’ ALLAH
mudah dan jelaslah hidayah, taufiq dan hikmah itu masuk dalam diri
kita. Lalu berubah menjadikan kita hambaNYA yang bertaqwa serta
istiqamah dengannya.
Ayuh sama-sama kita perbaiki hati kita.
Kerana di situlah tempat nilaian ALLAH kepada setiap manusia. Redha
ALLAH lah yang kita dambakan.
*Ini hanyalah sekadar ibarat sahaja. Untuk membuka minda dan pemahaman melalui ibarat. Hakikatnya, laisa kamithliHI shai’un!
- muzir.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan