Isnin, 29 Julai 2013

Resepi Begedil Mudah & Sedap

Minggu ni mak aku shift malam pulak so berbuka terpaksa lah berbuka dengan ayah dan adik-adik yang lain, dah tu semalam ayah aku pulak busy memanjang dengan projek-projek dia so tak sempat pi beli juadah berbuka so aku anak sulung terpaksalah memasak.

Disebabkan menu utama Mee Goreng terus terlintas nak masak BEGEDIL, ni pun inspirasi lepas usha blog ummihanie.com pasal BEGEDIL jugak, so check barang dekat rumah semua ada, on terus lah BEGEDIL ni. Resepi ni aku campur-campur ada ikut buku resepi ada ikut blog mana entah, so hasilnya macam ni lah:
IMG_20130715_181208 




Bahan-bahan
  • Kentang – 3 biji potong dadu
  • Daging Burger Ramli – 2 Keping dicincang
  • Daun Sup – dicincang halus
  • Bawang goreng – 3 sudu
  • Lada Sula – 1/2 sudu teh
  • Garam – 1 sudu teh
  • Telur – 2 biji dipukul

  • Cara-cara
    • Goreng semua kentang yang dah dipotong dadu.
    • Lenyek semua kentang yang dah siap digoreng.
    • Masukkan kentang yang dah lenyek, daging, daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam kedalam satu mangkuk dan gaulkan sehingga sebati.
    • Apabila dah sebati boleh bentukkaan mengikut kesukaan masing-masing.
    • Then campuran yang dah dibentuk tadi celup dalam telur dan boleh terus goreng dalam minyak yang panas.
    • Tunggu warna agak keperangan bolehlah angkat dari kuali, dan boleh dihidang.
    Ok ni lah resepi dari dapur teruna aku hahah jamin sedap sebab laku oooo…
     http://negaraku.my/

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...