Mereka ada kehidupan. Kita juga ada kehidupan. Mereka sentiasa
memanfaatkan kehidupan mereka. Kita juga selalu mengisi setiap detik
hidup kita dengan segala perancangan yang telah kita petakan. Tapi,
cukup produktif kah diri kita ini? Produktif. Bukanlah digambarkan
dengan punyai harta bertimbun-timbun yang dapat kita kumpul saban hari.
Namun, produktif di sini merujuk kepada nilai dan penghargaan kita
terhadap 24 jam yang dikurniakan kepada kita seharian. Yang mungkin
dapat menobatkan kita menjadi seorang muslim yang produktif.
Apakah yang dikatakan dengan Muslim yang produktif itu?
Dari segi bahasa, produktif dapat diukur dengan jumlah usaha dan
tenaga yang dicurahkan untuk mencapai sesuatu matlamat dan dapat memberi
impak yang positif terhadap diri dan orang lain. Atau, dalam erti kata
lain, Muslim yang produktif adalah mereka yang dapat menyusun masa yang
sibuk agar menjadi seorang yang lebih produktif dan mereka yang berusaha
untuk tidak tenggelam dalam kesibukan dunianya sendiri.
Langkah-langkah persediaan ke arah ‘Productive Muslim’
1. Sediakan ‘to-do-list’ untuk hari esok.
2. Selalu buat kerja pada awal waktu.
3. Katakan tidak kepada ‘bertangguh-tangguh’.
4. Mendirikan solat istikharah sekiranya terdapat kekeliruan dalam membuat sesuatu keputusan.
5. Pupuk semangat cintakan ilmu dan suka membaca.
6. Luangkan masa untuk Allah, dan Allah akan lapangkan masa untuk kita.
7. Sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain.
8. Segera bertindak atas sesuatu idea yang dijana.
9. Jangan sesekali mengalah.
10. Tanamkan niat yang baik dan teruskan berusaha.
Kenapa perlu menjadi produktif?
Selaku seorang Muslim yang hidupnya perlu sentiasa bergantung dan
bersandar pada Yang Maha Esa, kita memang tidak dapat menafikan
kepentingannya dalam menjadi seorang yang produktif.
Alasannya adalah kerana, pertama, ianya adalah Sunnah Rasulullah
S.A.W. Cuba kita fikir. Seandainya Rasulullah bukan seorang produktif,
adakah Islam dapat kita rasai sehingga hari ini?
Kedua, jalan menuju kejayaan. Seruan menuju kejayaan ni 5 kali sehari
diseru oleh para mu’azzin di seluruh dunia. Jadi, bagi menyahut seruan
untuk menuju kejayaan ini, bolehlah kita amalkan langkah-langkah untuk
menjadi seorang yang produktif ini. Kehidupan yang dipenuhi dengan
kerja-kerja agama itu tersangat indah sebenarnya.
Ketiga, membuatkan kehidupan kita menjadi lebih bermakna. Kehidupan
seorang Muslim yang produktif lebih bermakna daripada kehidupan mereka
yang tidak. Contohnya, seorang yang produktif itu tidak akan
mensia-siakan masa siangnya dengan tidur dan melepak. Bahkan, mereka
yang produktif itu akan mengisi setiap detik kehidupan dengan perkara
yang membawa mereka lagi dekat dengan Allah S.W.T. Segala kerja
semestinya akan diniatkan hanya kerana Allah. Jadi, sudah tentula tidak
akan melakukan perkara-perkara yang melalaikan. Betul tak? Oh, lainlah
kalau melepak lillahitaala. Yalah, melepak sebab nak berdakwah.
‘Awesome’!
Akhir kalam, jom kita sama-sama berjuang untuk menjadi Muslim yang
produktif. Mulakan dengan meniatkan segala kerja kita hanya untuk Allah.
InsyaAllah, pertolongan Allah sentiasa ada untuk mereka yang menolong
agama Allah. ‘Sweet’kan Allah? Lagi ‘sweet’ dari si dia yang berada di
‘carta hati’ tu.
Wallahu’alam.
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan