Selasa, 23 Julai 2013

LIF BERPUTAR YANG COOL

Di St Louis Missouri terdapat monumen yang diberi namaSt Louis Gateway Arch. Monumen gerbang gergasi ini dibina bagi mengiktiraf St Loius sebagai bandai pintu gerbang pembukaan bahagian barat benua Amerika Utara. Gerbang setinggi 190 meter ini dibina pada tahun 1963 dan direka oleh Eero Saarinen. Ianya siap sepenuhnya pada tahun 1965 dan bagi membawa pelawat ke puncak gerbang, sebuah sistem lif yang unik digunakan. 

Lif untuk gerbang ialah sebuah pod berbentuk bulat dan berputar seperti sebuah roda Ferris. Setiap pod mampu memuatkan 5 orang pada satu-satu masa dan bergerak pada landasan yang dibina di dalam gerbang. Lapan buah pod ini akan bergerak pada satu-satu masa dan perjalanan naik mengambil masa lebih kurang lima minit. 
 


 

 

Laporan asal Wikipedia , Interesting America/pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...