Sabtu, 27 Julai 2013

Comel - Gambar Katak ‘Berpayung’ Waktu Hujan


katak 
Seorang jurugambar yang gemar mengambil foto katak mendapat gambar terbaik sepanjang hidupnya apabila berjaya memotret seekor katak kecil sedang berlindung daripada hujan.

Gambar tersebut dirakamkan ketika Penkdix Palme, 27, berada di Jember, Indonesia dan keluar mencari katak untuk dirakamkan gambarnya ketika hujan turun.




Pencariannya tak sia-sia apabila dia berjaya menyaksikan dan merakam momen comel seekor katak memegang sehelai daun untuk menutupi kepalanya selama 30 minit sepanjang hujan turun.

Selepas dia berkongsi gambar itu di internet, ramai yang mengagumi kecomelan dan kepintaran amfibia tersebut.

Malah ada yang mengungkapkan, “Inilah perkara terbaik pernah saya saksikan di internet.”
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...