Cahaya
matahari memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan Bumi
sentiasa panas dan diterangi cahaya..Selain daripada itu, ia juga
memberi manfaat kepada tubuh badan manusia dengan menyumbangkan Vitamin
D..Oleh itu, mustahil untuk kita hidup tanpa cahaya matahari ini..Namun,
tahukah anda bahawa terdapat sebuah wilayah di Norwegia yang tidak
pernah mendapat sinaran cahaya matahari selama lebih 100 tahun? Haa,
kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..
Penduduk di wilayah
Rjukan, iaitu sebuah kota kecil industri yang terkenal dan terletak di
lembah sempit Norwegia Tengah di jangka akan menerima cahaya matahari
mulai September ini.
Menurut sejarah,
wilayah ini tidak pernah menerima sinaran cahaya matahari selama lebih
100 tahun terutamanya pada musim dingin. Sekiranya berjalan seperti yang
dirancang, sinaran matahari akan dipancarkan ke wilayah tersebut
melalui tiga cermin gergasi yang dipasang pada sebuah lereng gunung
berketinggian 450 meter.
Pemasangan cermin
tersebut yang bermula pada 1 Julai 2013 telah siap di laksanakan. Para
pekerja dan teknikal dijangka akan memberi sentuhan terakhir terhadap
projek bernilai 5.5 juta krone itu.
Selama beberapa
dekad ini, penduduk Rjukan terpaksa menggunakan kereta kabel untuk naik
ke puncak gunung dan menikmati sinaran cahaya matahari pada musim
dingin.
Datuk Bandar
Rjukan, Karin Poe, turut menyatakan bahawa penduduk di wilayah berkenaan
mungkin terpaksa menggunakan kereta kabel itu dengan lebih lama lagi
sekiranya projek pemasangan cermin gergasi itu tidak dijalankan bagi
menghadapi musim sejuk.
Menurut penduduk
warga emas yang tinggal di situ, rancangan untuk memasang cermin gergasi
itu telah lama dirancang ketika bandar kecil itu baru hendak membangun
pada 1907, lapor akhbar XinHua.
Walaubagaimana pun,
ia tidak mampu dilaksanakan berikutan kekurangan teknologi dan terpaksa
mengambil jalan penyelesaian alternatif dengan membina kereta kabel.
Selama lima tahun
perdebatan, Majlis Bandar pada tahun ini akhirnya mengambil keputusan
untuk menyumbang dana sebanyak 5.5 juta krone (US$823,000) untuk
memasang cermin gergasi tersebut.
p/s: Lama tu 100 tahun tak dapat cahaya matahari, mesti sejuk gila..
drysheeet.blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan