Selasa, 30 Julai 2013

10 Koleksi Kartun Popular Terbaik Era 80-an

Mari bernostalgia. Tahun 80-an boleh dikira  sebagai salah satu dekad yang paling berjaya. Breakdance, baju full warna dan juga filem kartun, adalah beberapa perkara yang patut dikenang. Kali ini saya nak pamerkan artikel tentang kartun. Ini dia 10 kartun popular era 80-an terbaik ...

10. Smurf

 


 Siapa tak ingat dengan sekumpulan manusia kerdil berwarna biru ini. Meski pun mereka kelihatan sama, memakai pakaian yang sama dan tinggal di tempat yang sama, masing-masing smurf mempunyai personaliti unik yang mampu menyelamatkan kumpulan dari gargamel dan Azrael.

 

 
9. Gummi Bears 

 


 Masih ingat tak  kartun yang satu ini? Itu dia, sekumpulan beruang berwarna-warni yang selalu bergaduh sesama sendiri. Pengeluaran Disney ini disebut-sebut sebagai salah satu yang terbaik yang dikeluarkan syarikat gergasi filem itu.

8. GI Joe 

 


 Wah kali ini giliran kaum  lelaki.  Siapa di antara korang masa kecil  bercita-cita menjadi tentera kerana menonton filem ini. GI Joe benar-benar meraih kejayaan besar pada era 80 an.

7. He-Man 

 


Hero yang satu ini digambarkan secara sempurna (pada zamannya) oleh si kreator. Gagah, berbadan tegap dan mampu mengalahkan siapa pun musuhnya. Sepertinya tak sedikit juga daripada kita yang mempunyai imaginasi menjadi superhero seperti He-Man.
6. Transformers 


 Yang satu ini tak perlu diragukan lagi kemasyhuran. Kenderaan yang boleh berubah menjadi robot dan menumpas kejahatan, dianggap menarik oleh penonton mulai dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Dari versi kartunnya dulu, hingga versi filem yang dikeluarkan pada tahun  2007 .

5. Mario Brothers 

 


 Mario dan Luigi, dua adik beradik ini mempunyai banyak sekali peminatnya. Selain filem kartun, permainan pengembaraan Mario Bros yang dikeluarkan Nintendo juga laku di pasaran. Kebodohan mereka menjadi daya tarik tersendiri selain pengembaraan yang mengasyikan.

4. Rescue Rangers

 


 Filem ini merupakan kisah pengembaraan Chip and Dale, dua tupai yang bersahabat namun tak jarang juga terlibat konflik. Menurut banyak orang, karakter yang melekat dalam hati orang awam serta cerita yang bagus, membuat Rescue Rangers dinobatkan sebagai salah satu yang terbaik.

3. Thundercats 

 



 Tahun 80-an sangat mempamerkan kerjasama antara  pasukan, dan tak ada kartun yang menunjukkan contoh tersebut lebih baik dari Thundercats. Sudah jelas kan mengapa kartun ini menjadi yang terbaik .

2. Duck Tales

 


Siapa saja pasti mengingat lagu tema Duck Tales. Pengembaraan itik kaya raya Scrooge McDuck dan ketiga itik kecil, Huey, Dewey dan Louie, dinilai sangat baik. Tiada satu pun kanak-kanak terlepas menonton kartun ini.
1. Voltron 

 
 



 Ini adalah puncak kejayaan dari kartun tahun 80-an. Filem ini mampu menggabungkan unsur-unsur dari hampir seluruh kartun yang ada pada  saat itu. Gambar, cerita serta kemampuan kelima robot Voltron cukup sempurna. Selain menyaksikan filemnya, sebahagian besar daripada kita juga pasti membuat koleksi mainannya

 http://zamrispoon.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...