Jodoh merupakan topik kegemaran
untuk setiap orang, baik yang masih single ataupun yang sudah
berpasangan, mahupun yang sudah berkahwin.
Dan topik ini juga digemari di semua
peringkat umur dan kategori, dari budak berhingus, budak tadika, budak
sekolah rendah, budak sekolah menengah, pelajar kolej, mahasiswa
universiti, kakitangan pekerja awam dan swasta, pak haji, mak haji, dan
lain-lain.
Kita selalu dengar bahawa ; jodoh,
rezeki, ajal dan maut di tangan Tuhan. Dan selalu jugak kita akan dengar
orang akan menjawab ; memanglah di tangan Tuhan, tapi kita perlu usaha
mencari jugak.
Disebabkan konsep ‘perlu usaha mencari’ inilah, maka ramai yang berlumba-lumba mencari jodoh untuk diri sendiri.
Apatah lagi zaman ni zaman facebook,
zaman di mana orang berlumba-lumba mahu menulis di status tentang
mesranya hubungan mereka dan pasangan mereka.
Bagi para muda mudi pulak, jika masih tiada pasangan atau couple, maka itu adalah sesuatu yang tidak cool.
Zaman ini jika anda masih belum punya
pasangan, maka anda dikira kolot, dan akan dilabel dengan pelbagai
gelaran ; anak mak, ustaz, konon baik, bajet alim dan sebagainya. Oh,
saya selalu dilabel sebegitu.
Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan yang sudah bercouple, adakah pasangan mereka merupakan jodoh terbaik buat mereka?
Jawapan sebegini sudah saya hafal :
“memanglah yang terbaik. Dia memahami aku, dia sayang aku. Aku pun sayang dia. Kitorang saling mencintai. Kitorang selalu pergi jalan-jalan, shoping.
Kadang-kadang kitorang pegi makan-makan, tengok wayang. Awek aku sporting kau tau. Tak kolot. Aku kalau keluar pegi mana-mana, tak lepas dari pegang tangan dia. Dia pun ok je.
Eh, takkan kau tak tengok gambar dalam facebook kitorang?”
Itu jodoh terbaik? Lupakan saja. Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik?
Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Yang mengingatkan tentang Allah dan
saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi
kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai
jauh-jauh malam, apa yang baiknya?
Di mana kebaikannya?
Bukan, saya tidak mengharapkan wanita
sufi seperti rabiatul adawiyah untuk dikurniakan menjadi isteri. Kerana
saya pun bukanlah lelaki baik dan sempurna.
Tapi dalam mencari jodoh yang terbaik,
saya selalu ingatkan diri saya sendiri supaya menjadi seseorang yang
baik. Baik di sini bukanlah baik di mata manusia semata-mata, tetapi
baik di sisi Tuhan.
Apabila kita baik dengan Tuhan, maka barulah secara sendirinya kita akan jadi baik di mata orang lain.
Dengan menjadi baik kepada Tuhan ;
beribadah dengan khusyuk, membuat kebajikan, menjauhi larangan, dan
berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk di muka bumi ini dan
sebagainya, maka insyaAllah Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan juga.
Bukankah cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi?
Ya, saya tahu, ramai akan mempersoalkan
sebab saya berkata sebegini. Ramai juga yang bertanya dari mana saya
dapat ‘formula’ jodoh yang begini? Dari novel? Buku motivasi? Filem?
Jangan sampai tersalah memilih orang
Jawapannya mudah. Sangat mudah. Bukankah
kita sudah ditinggalkan dengan dua harta paling berharga oleh
Rasulullah S.A.W, iaitu al-Quran dan Hadis? Inilah ayat yang menjadi
pegangan saya :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(Surah An-Nur ayat 26)
Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu. Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga. InsyaAllah.
http://akuislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan