SOLAT
menjadi Ibadah utama seorang muslim, kewajipan solat ini menjadi salah
satu cara untuk berkomunikasi langsung seorang hamba dengan Tuhannya.
Banyak hikmah di dapati berkaitan perintah solat ini. Baik secara
kesihatan, psikologi, sains, dan masih banyak lagi hikmah yang lain.
Salah satu hikmah diperintahkan solat sebanyak 5 (lima) waktu. Rahsia
ini terungkap berdasar beberapa kajian dan pengamatan para ahli di
bidangnya.
Perpindahan
waktu adalah bahagian dari kekuasaan Allah swt yang mempunyai hikmah dan
kekhususan pada masing-masing. Setiap peralihan waktu solat, sebenarnya
bersamaan dengan terjadinya perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan
dapat dirasakan melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna
alam adalah sesuatu yang tidak asing lagi bagi mereka yang akrab dengan
dunia fotografi.
WAKTU SUBUH
Pada waktu
ini, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersesuaian dengan
frekuensi tiroid (kelenjar gondok). Dalam fisiologi, tiroid mempunyai
pengaruh terhadap sistem metabolisme tubuh manusia. Warna biru muda juga
mempunyai rahsia tersendiri berkaitan dengan rezeki dan cara
berkomunikasi. Mereka yang masih tertidur pulas pada waktu Subuh akan
menghadapi masalah rezeki dan komunikasi. Hal ini terjadi kerana tiroid
tidak dapat menyerap tenaga biru muda di alam ketika ruh dan jasad masih
tertidur. Pada saat Azan Subuh berkumandang, tenaga alam ini berada
pada tingkatan optimum. Tenaga inilah yang kemudian diserap oleh tubuh
kita terutama pada waktu ruku ‘dan sujud.
WAKTU ZOHOR
Warna alam
menguning dan berpengaruh terhadap perut dan sstem pencernaan manusia
secara keseluruhan. Warna ini juga mempunyai pengaruh terhadap hati. Di
samping itu warna kuning ini juga mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan seseorang. Jadi bagi mereka yang selalu ketinggalan atau
melewatkan solat Zuhur berulang-ulang kali, akan menghadapi masalah
dalam sIstem penghadaman serta berkurang keceriaanya.
WAKTU ASAR
Warna alam
berubah menjadi oren. Hal ini mempunyai pengaruh yang cukup signifikan
terhadap keadaan prostate, uretus, ovary, testis dan sistem pembiakan
secara keseluruhan. Warna oren di alam juga boleh mempengaruhi
kreativiti seseorang. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan
menurun daya kreativitinya. Di samping itu, organ-organ pembiakan juga
akan kehilangan tenaga positif dari warna alam tersebut.
MENJELANG MAGHRIB
Warna alam
berubah menjadi merah. Pada waktu ini kita kerap mendengar nasihat
orang-orang tua agar kita tidak berada di luar rumah. Nasihat tersebut
ada benarnya, kerana pada saat Maghrib tiba, spektrum warna alam selaras
dengan frekuensi jin dan iblis. Pada waktu ini jin dan iblis amat
bertenaga kerana mereka bergema atau ikut bergetar dengan warna alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan sebaiknya berhenti sejenak dan
mengerjakan solat Maghrib terlebih dahulu. Hal ini lebih baik dan lebih
selamat kerana pada waktu ini, banyak interferens atau tumpang tindihnya
dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama atau hampir sama dan
boleh menimbulkan fatamorgana yang boleh merosakkan penglihatan kita.
KETIKA WAKTU ISYA’
Alam berubah
menjadi nila dan selanjutnya menjadi gelap. Waktu Isya ‘menyimpan
rahsia ketenteraman dan kedamaian yang frekuensinya sesuai dengan
sisitem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan waktu Isya ‘akan
sering merasa gelisah. Ketika alam mulai diselimuti kegelapan, kita
dianjurkan untuk merehatkan tubuh ini. Dengan tidur di waktu tersebut,
keadaan jiwa kita berada pada gelombang Delta dengan frekuensi di bawah 4
Hz dan seluruh sistem tubuh memasuki waktu rehat. Selepas tengah malam,
alam mula bersinar kembali dengan warna-warna putih, merah jambu, dan
kemudian ungu. Perubahan warna ini selaras dengan frekuensi kelenjar
Pineal (otak kecil), kelenjar Pituitary (bawah otak), thalamus, dan
hypothalamus. Maka kita sepatutnya bangun dari tidur, dan pada
waktu-waktu ini kita mengerjakan solat malam. Wallahu ‘alam. (Aneka
Sains)
http://suaraislamik.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan