Coretan
anak guru besar sk sri pristana. Cuba kita letakkan diri kita dalam
situasi mereka. Hentikan fitnah. Saya akui, saya sendiri sebak membaca
status farah asyikin
(Terjemahan)
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Kebiasaannya
cepat saja untuk saya menulis post saya, tetapi kali ini, entah kenapa,
saya rasa seperti tersekat. Tiada kata yang boleh memperlihatkan
kekecewaan saya mengenai apa yang telah terjadi. Saya melihat post di
facebook dan saya tidak dapat menanggung segala fitnah yang berlaku.
Didalam hati, saya menangis. Menangis kuat. Mencuba menahan diri untuk
tidak mengeluarkan kata kesat di saat bulan mulia.
Mereka
bercakap seperti mereka lebih tahu segalanya. Saya seperti tak percaya
yang ada segelintir dari mereka adalah sahabat saya sendiri. Saya tak
boleh salahkan mereka. Mereka tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya.
Adakah mereka layak untuk bercakap? Untuk post apa saja yang mereka
hendak? Walaupun hal itu akan merosakkan dan memburukkan pihak yang
berkenaan?
Seperti yang kamu semua tahu mengenai cerita kononnya
"sekolah yang telah memaksa pelajar bukan islam untuk makan di tandas",
ya Allah , itu sebenarnya adalah BILIK PERSALINAN. Sekarang, sesetengah
orang tak tahu apa perbezaannya. Ia adalah BERBEZA! Dan adakah kamu tahu
sebenar-benarnya keadaan yang kamu katakan kotor, dan entah apa lagi?
Kamu tak pernah berada disitu! Kenapa kamu seakan-akan meletakkan garam
di atas luka?adakah kamu benar tahu, dengar dan prihatin tentang
sensitiviti kaum?
Pertuduhan murid makan di tandas adalah tidak benar sama sekali.Tandas pun tak mampu nak beza.Penat Penat. |
Kalau
benar kamu prihatin, kenapa hanya menyebarkan gambar pelajar bukan
islam sedangkan pelajar islam yang tidak berpuasa juga DISURUH melakukan
hal yang sama (makan dibilik persalinan). Mereka (pelajar muslim) tidak
diberi layan istimewa, makan di tempat yang seakan-akan mewah. Mereka
diberi layanan yang sama. Hanyalah kerana kebanyakkan mereka yang makan
disitu adalah bukan muslim, membuatkan hal ini menjadi isu besar. Adakah
kamu lihat apa yang saya lihat sekarang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan