Abdul Rahman bin
Auf merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang hartawan namun
tetap zuhud. Beliau telah banyak membelanjakan harta kekayaannya ke
jalan agama. Beliau adalah seorang usahawan yang termasyhur ketika itu
(seorang bilionair jika dibandingkan dengan zaman sekarang). Abdul
Rahman bin Auf juga adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang
telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyak menyumbangkan hartanya
pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan
ditolaknya.
Berikut adalah
tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang
amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin
Auf:
1- Sikit, tapi untung
Salah satu
perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah perniagaan unta. Beliau
berjaya mendominasi perniagaan unta ini yang sebelum itu telah pun
didominasi oleh kaum Yahudi. Persoalannya, bagaimana Abdul Rahman bin
Auf mampu mematahkan strategi kaum Yahudi?
Konsepnya mudah,
untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina
Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh
seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau
isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana
letaknya pasar.
Dari situ, beliau
memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000
dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).
Beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta
tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa
sehari sahaja.
Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan
tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos.
Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah
datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah
cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta
dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
Sebenarnya, pada
zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini,
lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai
peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga
rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara
‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.
Pembeli yang sudah
‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa
sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan
alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.
Strategi ini
jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani
mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang
menanti peniaga.
Selain itu,
Saidina Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi
perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada
zaman itu?
2- Syukur Walau Untung Sedikit
“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas
sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur
strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang
bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal
dan haram dalam perniagaan.
Sebagai contoh,
sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita
harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos
penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal
haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.
3- Jangan Seksa Pelanggan
“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada
permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta
oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang
dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil
mudah perkara ini.
Sekiranya
pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan
pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak
dijual disini”.
Peniaga yang bijak
tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan
berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari
jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.
4- Sila Bayar Tunai
“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin
Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai
dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan
urusniaga dalam bentuk tunai.
Sebenarnya dengan
mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan
lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru
untuk dijual.
Seterusnya timbul
pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah
mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga
yahudi atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya penting
yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu
dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman
bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk
menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.
Mereka semua
melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran,
selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai
penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah
SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga
yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya
dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih
daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf
r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para
pelanggan.
Rindu untuk duduk
bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya
berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula
meninggalkan kota Madinah.
Begitulah
kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang
harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga.
Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul
Rahman bin Auf.
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau
dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan
bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja.
Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung
atas tali yang mengikat unta sahaja
5- Usaha secara berterusan
Kita lihat
kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga.
Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata
menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah
nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga
harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau
gulung tikar.
6- Keyakinan yang jitu kepada Allah
Orang beriman dan
bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan
bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan
tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
1. Jangan menolak
rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan
perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki
masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan
segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti
dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani
masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang
tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan
memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan
buat kali kedua dan seterusnya.
3. Urus niaga
haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan
kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.
duniamuslim.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan