Isnin, 22 Julai 2013

Hatimu Untuk SIapa

Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yang bulat, begitu juga untuk bahagia, kita memerlukan hati yang satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.
 
      Biar kepada sesiapa hati itu telah diberikan, pasti pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika anda memberikan hati separuh-separuh, anda akan mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuannya semula...
 
Cinta yang tulus memang memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan ialah memberikan hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap orang yang anda cintai itu, Tak usah reserve untuk orang lain, nanti anda juga mendapat sebahagian hatinya saja.
 
 
          Jujur, balasannya nikmat; sebaliknya curang balasannya derita. Sifir hidup ini mudah. Baik balasannya baik manakala buruk dibalas buruk. Jika anda bermain-main dengan hati, anda juga akan dipermainkan oleh hati. Jujurlah dengan hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ. Hati yang tidak tenang bermula daripada hati yang dicebis-cebiskan untuk diberikan kepada ramai orang, yang sebenarnya tidah berhak terhadapnya.
 
Hati seorang isteri seharusnya berada seratus peratus di dalam diri suaminya. Manakala hati seorang suami seharusnya berada sepenuhnya dalam diri isteri. Masing-masing tidak boleh reserve walau secebis untuk orang lain. Berbuat begitu bererti sengaja mencarik bahagia. Teori bahagia ialah memiliki sepenuh hati atau memberikannya sepenuh hati. Berada di tengah-tengah bererti sengaja menyusahkan diri dengan rasa-rasa tidak selesa.
 
"Hatimu untuk siapa?" Sebenarnya satu pertanyaan yang perlu ditanyakan oleh setiap orang terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya untuk orang yang berhak, atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yang tidak sepatutnya menerima?
 
           Setiap kita memerlukan jawapan jujur sebab kedudukan hati kita hanya kita yang tahu keadaan dan statusnya. Jujurlah dalam memberikan jawapan. Kejujuran anda memang bermula daripada hati yang betul. Jika anda telah mencemamaikan hati dan selalu tidak berlaku jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan setulusnya.
 
             Jadilah seperti serikandi tatkala membulat hati untuk berjuang. Tiada apa-apa lagi buat dirinya kecuali keseluruhan hatinya telah diberikan untuk matlamat perjuangan. Jika anda telah bergelar isteri, saatnya untuk memberikan sepenuh hati pada sang suami; biarpun dia seorang penagih, tidak bertanggungjawab, malahan curang. Sebab setelah anda merelakan diri untuk menerima seseorang keseluruhan diri anda adalah miliknya.
 
            Dia bukan suami yang baik, itu urusan dia dengan TUHAN-nya; dia bukan seorang suami yang soleh, itu urusan dia dengan TUHAN-nya; dia seorang suami yang zalim, tidak bertimbang rasa, curang, kaki perempuan, itu urusan dia dengan TUHAN-nya.
 
Anda tidak sedikit pun akan dipertanggunjawabkan terhadap semua kekalutannya, tapi anda akan bertanggungjawab terhadap hati anda yang sewajibnya anda berikan seratus peratus pada dia.
 
"Hatimu untuk siapa?" Sebuah epilog cinta dari dua insan yang saling memerlukan. Sama ada anda merelakan ia berpindah ke insan lain, atau anda simpan sendiri itu hak anda yang tiada siapa dapat mempertikaikannya, namun sekiranya hati itu hendak diberikan kepada seseorang, biarlah seseorang itu insan yang betul kerana jika insan yang salah menerimanya, anda akan terus bersalah.
 http://www.dalamcantik.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...