Ahad, 17 Januari 2016

Punca Mengapa Perkahwinan Pasangan Muda Selalu Gagal

Jangan kahwin muda? 
Beberapa hari yang lalu, Mahkamah Syariah mengeluarkan statistik tentang penceraian yang berlaku pada pasangan muda di Selangor. Bila korang tengok statistik ini, ia sangat kritikal!
Secara peribadi, saya memang sudah sedia maklum tentang perkara ini selepas bertanya pada beberapa pegawai agama. Kes penceraian yang paling banyak berlaku adalah dari kalangan pasangan muda. Dalam gambar ini, hanya sebahagian kecil senarai sebab penceraian berlaku. 
Nampak macam remeh bukan? Tetapi inilah realiti!
 
Penceraian di kalangan pasangan mudai ni sebenarnya ada 'Root Cause' dia. Apa root cause-nya?
1. Antaranya ialah, ramai anak-anak muda menyangka perkahwinan ini adalah magik. Contohnya, ramai yang bersemangat dan berkobar-kobar mahu berkahwin di usia muda dengan alasan mahu mengelakkan maksiat, mahu tunduk pandangan dan sebagainya.
Padahal, ramai saja orang selepas kahwin masih buat maksiat, masih tidak tunduk pandangan, masih kacau perempuan lain, masih kacau suami orang lain dan sebagainya. Sebab apa? 
Sebab kahwin bukan magik. Kahwin tidak akan mengubah diri anda punya masalah peribadi dan iman. Yang ubah masalah peribadi dan iman seseorang itu adalah taqwa. Taqwa ini bermaksud, perintah pada Allah dan menjauhi larangan Allah bersungguh-sungguh serta mengikut sunnah Rasulullah semampu yang boleh.
Ya, taqwa akan mengubah peribadi kita. Kahwin itu hanya membantu saja tetapi bukan mengubah. Taqwa ini bukan dapat selepas kahwin, sebalik kena usaha sebelum kahwin lagi. 
Kalau sebelum kahwin tak tunduk pandangan, selalu tengok video lucah, kacau perempuan, jadi pisau cukur, suka usha lelaki dan sebagainya, selepas kahwin ingat semua perkara itu akan hilang begitu saja? Tidak!
Kalau nak hilangkan, mesti berusaha dari sebelum kahwin lagi. Selepas kahwin, pasangan hanya boleh membantu sikit-sikit sahaja. Selebihnya adalah pada diri kita sendiri. Kita yang kena berusaha ubah masalah dan dosa peribadi.
Dulu pernah sekali di zaman saya belajar, ada dua pelajar yang berkahwin semasa belajar di sebuah IPT Malaysia. Kalau tak silap, masa itu mereka berada di tahun 2. 
Selepas setahun berkahwin, mereka bercerai dalam keadaan perempuan itu nak menghadapi final exam pada tahun 3. ALasan bercerai, bekas suami bermain kayu tiga dan juga memberikan alasan bahawa,
"Tak puas hidup bujang,". 
Padahal sebelum kahwin punyalah beria-ria kononnya berkahwin sebab nak tundung pandangan, elak maksiat dan sebagainya. 
Ini kes betul. Sebab itu sebelum kahwin, baiki ketaqwaan kita setiap hari. Setiap kali kuthbah Jumaat selalu sebut tentang 'Perbaiki dan tingkatkan Taqwa,". 
2. Ramai juga yang memberikan alasan mahu berkahwin di usia muda kerana selepas kahwin akan dimurahkan rezeki. Jadi, sebelum kahwin, tidak perlulah fikir tentang kewangan sebab kononnya kewangan itu dunia sahaja. Lalu menyangka selepas kahwin, duit akan turun mencurah-curah seperti hujan. 
Kurang tepat sebenarnya. Islam ini bukan agama magik. Memang benar perkahwinan akan memberikan rezeki yang berkat, permudahkan rezeki. Tetapi jika tiada usaha dan ikhtiar, memang tak ke mana. 
Sebelum kahwin tahunya tidur selepas subuh, bangun bila sudah tengah hari. Kemudian buat kerja atau cari kerja pula malas. Sebelum kahwin, selalu mengharapkan duit ibu bapa di kampung sebab malas mahu berdikari mencari sendiri. Selepas kahwin pun tak nak berubah atas alasan "Nanti murah rezeki". Tetapi solatp un tak jaga, amal entah ke mana, tidur sampai ke laut, dah kahwin pun selalu main game sampai mengabaikan tanggungjawab dan sebagainya. Macam mana rezeki itu nak datang melimpah ruah dan berkat?
3. Bila sudah bercerai, 'Takdir' pula yang dipersalahkan. 
"Ini semua takdir, nak buat macam mana?"
Dalam buka "Aku Bukan Malaikat" pun saya ada ulas secara terperinci tentang 'Apa Itu Takdir'. Bacalah di sana. Tetapi nak kata, bercerai ini bukan semata-mata takdir, ia juga adalah pilihan. Sebab itu cerai adalah perkara halal yang Allah benci. Allah beri pilihan pada kita sama ada nak buat ataupun tidak. 
4. Selain itu, dalam rumahtangga sebahagiannya langsung tak hidup amal fardi seperti solat berjemaah, baca Quran, baca hadis, budaya berbincang suami isteri, bangun tahajjud dan sebagainya.
Budaya ini mungkin berlaku pada awal perkahwinan. Iyalah, sebab masih 'manis' lagi. Selepas pertengahan, terus kering. Lalu hilanglah sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga.
Banyak lagi faktor bercerai pada pasangan muda ini selain dari tidak matang dan sebagainya. Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? Adakah dengan jangan kahwin muda? 
Salah! Kalau nak kahwin di usia muda, kahwin sajalah sebab perkahwinan itu antara solusi terbaik. Tetapi buatlah persediaan yang betul kerana kahwin ini bukan perkara main-main. Ia melibatkan maruah, kehormatan, aib, tanggungjawab, hubungan antara kelurga dan melibatkan perjalanan akhirat kita, sama ada ke syurga atau neraka. 
Jadi apakah persediaan untuk kahwin? Saya sudah huraikan dalam buku 'Aku Bukan Malaikat" itu panjang lebar. Nanti taip di sini, status jadi semakin panjang pula. 

Cuma ingat, nak bernikah jangan ditunda-tunda dan jangan pula tergesa-gesa. Buatlah persediaan yang betul-betul, bukannya main redah begitu saja. - Shukery Azizan | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...