Khamis, 7 Januari 2016

12 Jenis Penipuan Yang Sering Berlaku Di Malaysia


Ketahui 12 Jenis Penipuan Yang Sering Berlaku Di Malaysia 

Penipuan Yang Sering Berlaku Di Malaysia dan juga kes-kes penipuan yang sering melibatkan wang ringgit yang sering berlaku. Antara penipuan yang sering berlaku adalah kes seperti jual beli tanah, pakej jual beli kereta dan sebagainya.

Rakyat di Malaysia khususnya terdedah kepada bahaya penipuan yang sering terjadi kepada golongan berada. Penipuan ini adakalanya terjadi kepada golongan kurang berkemampuan. Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji dan umrah yang murah. Siapa tidak mahu jika di tawarkan dengan harga yang murah bukan?




Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bijak mengenal pasti apakah penipuan yang sering dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

JSJK Bukit Aman sudah mengklasifikasikannya agak membimbangkan dengan taktik penipuan pula semakin licik dan canggih. Di bawah di senaraikan 12 jenis taktik penipuan paling popular yang di gunakan oleh golongan scammer ini :

1. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari di tipu selepas ada di lapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

2. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi di jadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga di tawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa di tunjukkan geran tanah sebagai bukti dan di minta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah di berikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah di tawarkan itu milik orang lain.

3. Bomoh buang sial

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran di tetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita di cabul dan di tiduri.

4. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yang memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari di tipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak di jual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa di tawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa di minta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan di minta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit di serahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk di kawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa di kawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia di katakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai di kehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari di tipu apabila mendapati tiket loteri/ekor di berikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa di buat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek di gunakan tidak laku, manakala syarikat di maksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak di jual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut di gunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa di minta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak di buat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang di janjikan tidak di serahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup di tipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Di anggotai sindiket yang mencari mangsa di rumah, kedai atau tempat awam. Mangsa di beri kad dan diminta menggores di atasnya untuk mengetahui hadiah di menangi. Hadiah di janjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa di minta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang di laburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa di janjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu di luar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Mangsa bagaimanapun, di minta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu. Selepas bayaran di buat, wang kemenangan di janjikan tidak di peroleh.
 http://tokeinfo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...