Sabtu, 9 Januari 2016

Bersangka Baik lebih baik dari Berhasad

 
 
 
Orang kita dengan kepercayaan karut berpisah tiada. Kalau boleh, apa sahaja perkara mesti nak dikaitkan dengan benda-benda mistik, TERMASUKLAH di dalam urusan perniagaan.

Kalau kedai tak laku, dikatakan kena buatan orang. Kalau kedai tuh laku sangat, dikatakan pula guna pelaris. Langsung takde ke dalam benak mereka yang segala kejayaan/kegagalan itu sebahagian besarnya berpunca dari tindakan pelaku itu sendiri?

Kat sini aku bukan nak menafikan kewujudan makhluk halus kerana dalam Islam mempercayai akan kewujudan mereka adalah wajib. Aku cuma nak bagi teguran kat sebahagian orang kita yang mudah sangat menyimpulkan asbab berlakunya sesuatu musibah adalah berpunca dari perlakuan jin dan setan.

Daripada hang duk tertanya-tanya setan mana yang kasi muflis kedai hang, baiklah hang belajar macam mana nak majukan balik bisnes hang. Buktikan hang lagi bagus dari setan. Kan lagi baik? 


Kredit : Komik Sarkazam /http://tukang-sampai.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...