Khamis, 7 Januari 2016

Resepi Lepat Pisang Istimewa


Lepat Pisang Istimewa
Resepi Lepat Pisang yang sangat istimewa kerana mengingatkan kepada masakan kuih bonda di kampung. Sangat sedap rasanya ditambah dengan rasa manis dari gula melaka yang cukup lengkap serba serbi rasanya. Untuk pisang gunakan pisang awak, tapi boleh juga kalau gunakan pisang emas atau nak cuba pisang jenis lain pun boleh juga. Selepas kukus, lepat pisang akan berbau harum dari aroma daun pisang yang menambahkan lagi kesedapan lepat pisang ni. Untuk bancuhan adunan sangat mudah cuma agak remeh di bahagian daun pisang kerana haris dibersihkan dan layur di atas api supaya daun tidak mudah pecah apabila dilipat.


Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 12 bungkus

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan pisang, yang sudah dilecek
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
  • 1/4 cawan kelapa parut
  • 1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
  3. Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam. Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
  4. Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
  5. Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.
  6. Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
  7. Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
Tips: Jika tak ada gula nisan atau gula melaka keping, boleh juga digunaka gula melaka berbentuk silinder, dalam anggaran 1/3 ketul.
iresepi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...