Sabtu, 16 Januari 2016

Simpan

Gambar sekadar hisan sahaja.

Siang dan malam kita berusaha untuk keperluan dunia. Ada yang berladang, ada yang berniaga, ada yang kelaut menangkap ikan dan ada yang ke pejabat buat urusan itu atau ini. Hasil dari pekerjaan kita itu maka kita akan memperolehi upah yang berupa duit dan dengan duit itu kita boleh beli macam-macam. Bagi yang sudah banyak duit maka akan dibeli sebidang atau berbidang-bidang tanah. Dengan bidang-bidang tanah tersebut boleh dibuat rumah untuk dijual dan kita akan menjadi bertambah mudah mendapat wang yang banyak.

Apabila wang semakin banyak maka rumah kita sendiri pun akan kita besarkan dan kita akan mengumpul berbagai-bagai koleksi yang mahal-mahal dari serata tempat didunia. Bukan saja dalam rumah, bahkan diluar rumah juga terutama didalam garaj ada berbagai-bagai koleksi untuk kita simpan sebagai warisan kononnya. Walhal warisan sebenar ialah ilmu agama untuk zuriat yang bakal kita tinggalkan. Tak gitu?
 
 
Hari berganti bulan dan tahun sering bertukar.... kekadang kita lupa bayar zakat lalu Allah mengajar kita dengan berlaku kebinasaan terhadap sedikit harta tersebut. Mungkin dicuri mungkin hangus terbakar dan berbagai-bagai ujian Allah datangkan. Ada yang sedar dan ada yang tidak sedar apa sebenarnya sebab masih mencari punca berlakunya perkara tersebut dengan otak yang pintar kita. Namun jika difikir dengan akal seerta ilmu agama maka kita cepat sedar bahawa hisab (qaul) sudah genap ikut takwim hijrah namun zakat belum dibayar.

Ada yang tidak faham akan ujian yang Allah datangkan kepadanya lalu terus mengumpul dan menyimpan berbagai-bagai benda dan perkara dalam keadaan tidak sedar. Bila nak sedar? Apabila dia sendiri diusung kekuburnya untuk disimpan. Bila dah masuk dalam simpanan sana barulah dia faham. Tak gitu?

Bagi golongan tidak kaya mereka rasa tiada apa-apa yang perlu dirisaukan tentang harta. Dalam rumah orang yang tidak banyak harta dan boleh dikatakan hidup cara sederhana ini masih terdapat almari yang menyimpan berbagai corak dan warna kain baju dan kasut serta beg tangan yang cantek-cantek. Masih menyimpan barang-barang yang kita sayang. Simpan dan terus simpan. Walhal jikalau yang kita sayang itu kita bagi pada jirang atau orang lain kan ker lebih elok. Ia akan dikira sedekah tapi kalau bagi yang kita dah tak nak bukanlah sedakah lagi namanya, ia umpama nak buang. Tak gitu?

Apabila kita banyak memberi yang baik-baik kepada orang bermakna kita mengumpul simpanan kita dalam tabung Allah, Nanti apabila kita disimpan maka Allah akan tanya apa yang telah kamu bawa kemari? Lalu bolehlah kita kata kita sudah bagi semua apa yang kita cari dan apa-apa yang kita miliki kepada orang lain semasa didunia. Dan bagi yang masih banyak menyimpan tiba-tiba dia kena simpan maka apabila Allah tanya dia apa yang dia bawa maka dia akan jawab semasa didunia aku telah mengusahakan perniagaan yang telah berkembang menjadi sangat banyak dan semua itu aku tinggalkan untuk anak isteri aku. Sekarang izinkan aku kembali semula kedunia untuk aku hantar kemari kesemuanya.

Lalu jika anda berada ditempat tersebut alangkah menyesalnya kerana semasa hidup tidak dapat menyimpan dengan Bank Allah. Walhal kita semua tahu bank didunia ini akan hancur semasa dunia dihancurkan sedangkan Bank Allah akan kekal selama-lamanya dan kita akan selamat dengan simpanan kita yang besar dan ikhlas kerana Allah itu. Tak gitu?

Untuk kali ini maafkan Tok Wan kerana kesalahan tulisan ini. Sebelum kita tidur setiap malam harap dapat maafkan semua orang.
blog tok wan
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...