Isnin, 18 Januari 2016

Resepi sempoi pembuka selera - Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Gunakan tempoyak segar kerana sambal ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti ais. Tempoyak lama akan memudahkan ia untuk rosak dan berbau tidak 'enak'.

hiasan

BAHAN-BAHAN:
200-300gm ikan bilis
6 sudu besar tempoyak
1 batang serai | diketuk
2 sudu teh garam atau serbuk perasa
2 sudu kecil gula
1 helai daun kunyit | dihiris nipis
½ cawan kecil air

BAHAN KISAR:
4 biji bawang kecil
2 biji cili merah
1-2 biji cili padi
1cm kunyit hidup (boleh digantikan dengan satu sudu teh serbuk kunyit)

CARA MEMASAK:
1.    Panaskan minyak dan goring garing ikan bilis.
2.    Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3.    Kemudian masukkan tempoyak, air, dan serai yang diketuk tadi. Kacaukan sehingga menjadi sedikit pekat.
4.    Sebelum diangkat, masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata sebelum dihidangkan.
rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...