Khamis, 21 Januari 2016

Tips Keharmonian Rumah Tangga Amalan Rasulullah

Keharmonian rumah tangga 
Keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan komitmen dari suami dan juga isteri. Tapi kadang-kadang isteri ni pemalu kan. Biasa la wanita Timur. Jadi apa kata suami ‘take charge’ seperti mana yang Rasullullah sendiri lakukan dengan isteri-isteri baginda. Jom baca dan amalkan ya…




1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri.. 
 
Dari Atha` bin Yasar:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam  satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Sabda Rasulullah, ‘Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.’ Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau.” ( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

2. Memberi wangi-wangian pada aurat 
Aisyah berkata, “sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulakan daripada auratnya menggunakan nurah  ( sejenis serbuk pewangi ) & isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w.
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

3. Mandi bersama isteri 
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dalam bejana tesebut ).”
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

4. Disikatkan oleh isteri 
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, ” Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid”.
( Hadis Riwayat Ahmad ).

5. Meminta isteri meminyaki badan 
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya ‘Aidil Adha’ setelah beliau melakukan jumrah aqabah.”
( Hadis Riwayat Ibnu ‘Asakir ).

6. Minum bergantian dari  tempat yang sama 
Drpd Aisyah r.a, dia berkata:”Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.”
( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

7. Membelai isteri 
“Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.”
( Hadis Riwayat Ahmad ).

8. Mencium isteri 
Dari Hafshah, puteri Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.”
( Hadis Riwayat Ahmad ).

9. Berbaring di pangkuan isteri 
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: “Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.”
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

10. Memanggil dengan panggilan mesra 
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

11. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra 
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan.”
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

12. Segera menemui isteri apabila tergoda 
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan…….apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang  sama dengan yang ada pd wanita itu.”
( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kepada para isteri Baginda. InsyaAllah jika kita sama-sama amalkan, pasti rumah tangga sentiasa harmoni dan mendamaikan jiwa. Rasullullah S.A.W adalah sebaik-baik tauladan. Chttp://www.lifefit.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...