Ahad, 10 Januari 2016

Suka sesuatu jangan sampai hilang pertimbangan

Aku rasa dah banyak kali aku tulis pasal benda ni. Kita ni kalau suka pada sesuatu, atau seseorang manusia hinggakan menjadikan mereka sebagai idola atau ikon, janganlah sampai ke tahap yang membuatkan kita mudah untuk hilang pertimbangan. Boleh nak suka, minat, hormat dan kagum pada sesuatu mahupun seseorang, tetapi janganlah sesekali2 kita jejakkan kaki ke tahap fanatik mahupun taksub pada kesukaan kita itu.


 
 
 

Apabila seseorang fanatik dan taksub pada suatu perkara, mereka akan cenderung untuk melebihkannya lebih daripada agama dan akan mempertahankan ia walaupun bercanggah dan tidak selari dengan agama.

Apabila seseorang itu fanatik dan taksub pada seseorang, mereka akan menjadi macai yang akan terus menyokong dan mempertahankan idola dan tidak mampu untuk menegur sebarang kesilapan mereka. Ingat, kita ini manusia, mereka juga manusia macam kita, kita semua ada kelemahan dan boleh membuat silap serta boleh berubah.

Jangan anggap seseorang itu sempurna. Malah popular dan terkenal juga tidak menjustifikasikan apa yang keluar dari mulut dan kelakuan seseorang itu sentiasa benar. Manusia itu sifatnya berubah2, dan apabila kita mengharap kesempurnaan daripada seseorang, jika suatu masa nanti idola yang kita taksub itu jatuh, berubah atau tidak lagi sehaluan dengan kita, pasti kita akan merasa kecewa.
 buasirotak.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...