Ahad, 10 Januari 2016

Resepi - 3 Jenis Lempeng Tradisi Yang Makin Jarang Kita Jumpa

3 Jenis Lempeng Tradisi Yang Makin Jarang Kita Jumpa
Jangan pandang rendah pada hidangan tradisi yang ringkas ni walaupun ada yang kata ia hidangan paling malas. Sebabnya dulu inilah makanan asasi orang tua kita. Malas,malas pun sedap ya, terutama kalau dicecah kuah atau sambal, dimasak pulak oleh mak. Memang terbaik.

Sekarang juga lempeng dah dikomersialkan, jadi hidangan di restoran dan kafe. Tapi biasanya yang jadi hidangan termasuk di rumah adalah lempeng kosong saja, tiga jenis lempeng ini pula makin jarang kita jumpa. Selalunya hanya dimasak oleh mak-mak kita, so hari ni  VK share resipi paling simple supaya tak luput di telan zaman. Ibarat kata dah pandai buat pankek, lempeng jangan dilupa.




1. Lempeng Pisang Susu
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/0401/susu.jpg
Bahan-bahan:
5 biji pisang susu - dikupas kulit
250 gm tepung gandum
150 gm gula perang
100 gm kelapa parut
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk melenser
secukupnya

Cara memasak :
1. Kisar semua bahan kecuali minyak sehingga sebati atau tepung tidak bergentel.Perasakan.
2. Panaskan kuali leper dengan api kecil,lenserkan sedikit minyak masak di atasnya.
3. Tuangkan adunan di atas kuali dan ratakan menjadi lempeng dengan menggunakan belakang senduk.
4. Apabila bahagian bawah lempeng masak, balikkan bahagian atasnya. Masak sehingga keperang-perangan. Ulang langkah sehingga habis.
5. Hidangkan panas bersama pencicah kegemaran.


2. Lempeng Biji Sagu
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/0401/kuning.jpg
Bahan-bahan:
100 gm biji sagu - direndam
200 gm tepung
1 biji telur
2 sudu makan gula
1/2 sudu teh pewarna kuning
Garam secukup rasa
Air untuk membancuh secukupnya
Minyak masak untuk melenser secukupnya

Cara memasak:
1. Masukkan biji sagu, tepung, telur, gula dan pewarna di dalam mangkuk dan bancuh bahan dengan air sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Panaskan kuali leper dan tuangkan bancuhan di atasnya. Masak dengan api kecil dan paling-palingkan sehingga lempeng masak sempurna.
3. Ulang langkah sehingga bancuhan habis.
4. Hidangkan lempeng dengan kuah kari dan jika perlu potong-potongkan lempeng kepada saiz yang sesuai.

3. Lempeng Kelapa
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/0401/biasa.jpg

Bahan-bahan:
200 gm tepung gandum
100 gm kelapa parut
100 ml santan
200 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk melenser secukupnya

Cara memasak:
1. Satukan tepung, kelapa parut dan santan. Bancuh semua bahan dengan air sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.
2. Panaskan kuali leper dengan api perlahan, tuang bancuhan di atas kuali dan ratakan dengan belakang senduk.
3. Biarkan seketika sehingga masak dan palingkan lempeng. Masak lagi sehingga kedua-dua bahagian masak sepenuhnya.
4. Ulang langkah memasak sehingga adunan habis.
5. Hidangkan sementara panas bersama sambal tumis.

Selamat mencuba.
 http://www.vanillakismis.my

1 ulasan:

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...