Mina adalah sebuah bandar kecil yang terletak di dalam lembah yang
rendah di wilayah Makkh, di barat Arab Saudi, kira-kira 8 km ke timur
kota suci Mekah. Meliputi kawasan seluas 20 km persegi lembah, khemah
meliputi setiap kawasan lapang - sejauh mata memandang, tersusun, baris
demi baris. Ia adalah khemah untuk para jemaah haji bermalam dalam
tempoh 5 hari setiap musim haji. Pada hari-hari lain disepanjang tahun,
Mina hampir ditinggalkan tanpa sebarang aktiviti.

Terdapat lebih daripada 100,000 khemah berhawa dingin di Mina menyediakan tempat tinggal sementara kepada 3 juta jemaah haji. Khemah-khemah berukuran 8 meter x 8 meter dan dibina daripada gentian kaca yang disalut dengan Teflon untuk memastikan rintangan yang tinggi kepada api.







