1. MAKAN GARAM
Celup
jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan.
Ini kerana garam adalah penawar paling mujarab bagi masalah keracunan
dan juga boleh menghalang sihir.
2. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum
dengan memegang gelas menggunakan tangan kanan. Elakkan menggunakan
tangan kiri kerana iblis minum dengan tangan kiri.
3. LANGKAH KANAN
Masuk masjid
langkah kaki kanan, keluar masjid langkah kaki kiri. Masuk rumah langkah
kaki kanan, keluar rumah langkah kaki kiri. Masuk tandas langkah kaki
kiri, keluar tandas langkah kaki kanan.
4. GUNTING BULU
Apabila lelaki
dan perempuan tidak menggunting atau mengemas bulu kemaluan dan ketiak
mereka selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.
5. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan
ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat
dirahmati dan terhindar dari gangguan iblis dan syaitan.
6. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur
meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan dibenci oleh
Allah. Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengiring di atas rusuk kanan,
muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.
7. JANGAN TIUP MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah dibiarkan sejuk sedikit hinggan mudah untuk dimakan. Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau
makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti
acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.
8. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap
atau membelakangkan kiblat ketika buang air kecil atau besar. Tetapi
dibolehkan dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.
9. MENGUAP
Menguap adalah
dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutup mulut dengan
tangan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.
10. JANGAN MAKAN SUSU DAN DAGING
Rasulullah SAW tidak
pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu
atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat
dingin serentak. Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang
mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.nicknashram.blogspo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan