Menjadi
lumrah bagi laum Adam untuk tidak bersolek dan kurang menjaga penampilan
seperti kaum wanita di mana lelaki dikatakan tidak terlalku kisah
mengenai perkara ini.
Berdasarkan
kajian, kebanyakan lelaki menadak mereka tidak punyai cukup masa untuk
berbuat demikian dan ada juga dikatakan malu untuk berbuat demikian
kerana tidak mahu digelar lelaki metroseksual.
Akibatnya, kaum lelaki
yang jarang menjaga penampilan diri kelihatan jauh lebih tua daripada usia mereka.
Berikut ini 8 perkara yang biasa dilakukan kaum Adam hingga mereka ‘cepat tua’:
1) Cuci muka menggunakan sabun mandi
Mencuci
muka dengan menggunakan sabun mandi memang lebih praktikal dan mudah
dilakukan. Namun, tahukah anda, sabun mandi biasanya menyebabkan kulit
anda menjadi kering dan kasar. Begitulah kesannya nanti kepada kulit
wajah anda.
2) Bercukur tanpa menggunakan krim
Mencukur
misai atau jambang tanpa menggunakan krim pencukur boleh membuatkan
kulit muka anda menjadi kasar. Anda seharusnya membeli krim pencukur
yang baik untuk melindungi kulit anda.
3) Merokok
Hentikan
merokok sekarang juga. Ini kerana ribuan racun dalam rokok itu boleh
mendatangkan pelbagai penyakit dan menjejas sel tubuh anda.
4) Kurang makanan sihat
Salah satu
cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri adalah dengan
memakan makanan sihat. Memakan sayuran, buah-buahan, protein dan vitamin
yang cukup boleh mencegah kerosakan sel tubuh dan mengekalkan awet
muda.
5) Kurang minum air
Meminum
air yang cukup itu penting untuk kesihatan kulit dan tubuh. Sebenarnya,
inilah perkara utama yang harus dilakukan setiap hari untuk menjaga
penampilan diri.
6) Tidak memakai pelembap kulit
Pelembap
kulit sebenarnya bukan untuk wanita sahaja. Bagaimanapun kebanyakan
lelaki memandang remeh peri pentingnya menggunakan pelembap kulit.
Ini
lebih-lebih lagi kerana mereka tidak mahu disifatkan sebagai lelaki
metroseksual atau terlalu pentingkan penampilan diri seperti kaum
wanita. Padahal, pelembap penting untuk melindungi kulit dari pengaruh
buruk cuaca dan pencemaran udara.
7) Tidak memakai pelindung cahaya matahari
Kebanyakan
lelaki tiada masalah melakukan kegiatan seperti bersukan di bawah terik
matahari. Tapi, kulit anda yang akan ‘merana’ nanti.
8) Kurang bersenam
Kurang
bersenam menyebabkan metabolisme tubuh menjadi kurang lancar. Rutin
bersenam dengan kerap dapat membantu sel -sel tumbuh semula dan
memastikan anda kekal sihat. – Siakapkeli.my
Sumber: Merdeka.com
Via : SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan