Khamis, 3 September 2015

Resepi - GULAI ITIK BERSAMA BETIK

Jadi resepi yang paling mudah tetapi sedap itulah yang menjadi pilihan.

 
 
 
 

BAHANNYA:-

  • Bahan A
  • Seekor itik dibersihkan, dilayur dan dipotong mengikut kesukaan anda.
  • 1 bungkus serbuk kari daging (25gm @ lebihkan jika suka pedas)
  • 40 gm kerisik
**     Perapkan semua bahan A sementara menyediakan bahan-bahan lain.
Bahan B
  • Sebiji betik separa masak dibuang kulit dan biji serta dibersihkan dipotong serong. Banyaknya mengikut kesukaan anda.
Bahan C & DSediakan bahan C seperti pada gambar.

Bahan lain:-
  • santan dari 1 biji kelapa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit air
  • garam
CARANYA:
  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan C (bahan tumis). Kacau hingga bau naik wangi.
  2. Masukkan Bahan A dan tuangkan sedikit air (sedikit berkuah) .
  3. Masukkan pula buah betik dan Bahan D. Kacau sebentar dan tutup periuk untuk melembutkan daging itik dan buah betik.
  4. Apabila minyak timbul (pecah minyak) tuangkan santan dan kacau rata. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala sehingga mendidih dan sedia dihidang.
 bukuresepi-mama.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...