Saiz popilasi penduduk dunia kian meningkat tahun demi tahun namun impak
globalisasi memberi kesan terhadap penduduk dunia. Mungkin anda tinggal
dibandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi atau mungkin
juga anda tinggal di kampung yang mana saiz penduduknya kurang padat.
Namun tidaklah kesah semua itu kerana apa yang anda akan lihat pada
entri ini hanyalah tempat yang dulunya ada manusia namun sekarang telah
lama ditinggalkan. Marilah kita 5 tempat yang ditinggalkan manusia dan
kenapa ianya ditinggalkan.
Shicheng, China
Dahulunya
ianya merupakan bukti kekayaan bangsa China namun kini ianya berada
didalam permukaan air danau Qiandao. Shicheng juga bermaksud "Lion city"
pernah diduduki namun akibat daripada pembangunan Xin`an river
hydropower kota ini ditelengami dan tenggelamnya kota ini bermula pada
tahun 1959.
Michigan Central Station
Detroit pernah menjadi bandar yang paling banyak penduduknya pada tahun
1900an dahulu dan Michigan Central station pernah menjadi tempat yang
sibuk satu ketika dulu. Namun semenjak transportasi udara berkembang
pesat stesen keretapi mula ditinggalkan dan tidak terkecuali Michigan
Central Station. Michigan Central Station mula terbengkalai selepas
keretapi terakhir bertolak pada 1988.
Deception Island, Antartika
Deception
island terletak di kutub selatan antartika dan ianya pernah menjadi
tempat perhentian nelayan. Pulau ini juga pernah menjadi tempat untuk
para ilmuan yang ingin mengkaji Kutub ini.
Namun pada 1960an pulau ini pun tidak diduduki akibat dari letusan gunung berapi deception.
San-Zhi, Taiwan
Satu
ketika dulu kerajaan Taiwan telah memberi subsidi intuk membangunkan
rumah-rumah futuristik bagi tempat percutian musim panas pada tahun
1978. Namun pemaju kawasan ini telah muflis dan projek ini terbengkalai
dan ditinggalkan.
Kolmanskop, Namibia
Dahulunya
kota ini pernah menjadi tempat untuk melombong berlian namun kurangnya
berlian dan terjumpanya lombong berlian baru mengakibatkan tempat ini
ditinggalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan