Selasa, 15 September 2015

Resepi- APAM ICE CREAM CORNETTO


Resepi dari tangan ke tangan dan seterusnya....
APAM ICE CREAM CORNETTO
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami
sumber dr Azlita masam manis




3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
1sudu teh ovelate
1 sudu teh baking powder-saya tambah..
3/4 cawan air ice cream soda (sprite atau 7up pun boleh)-
perasa kesukaan anda utk setiap bahagian
Pewarna2 kegemaran anda
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

(saya buat setengah adunan sahaja tp dpt pun banyak jugak)
Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan anggaran 5-7 minit
tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut
Masukkan tepung dan baking powder yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati
kemudian letakkan adunan2 yang dibahagikan itu dlm plastik dan diiguntingkan ujungnya (utk mudah tuang dlm kon nanti)

sediakan kertas nasi lemak atau kertas burger...bahagian kepada 3 bahagian sama besar dan buat bentuk kon...terpulang besar mana yang anda mau...saya buat ala2 mini cornetto tu je

panaskan periuk kukusan yang ada lubang2 besar tu
masukkan kertas kon tadi dlm lubang2 tu tp jangan letak penuh dlm kukusan biarkan ada lubang2 utk pengudaraan wap panas

tuangkan sedikit kemudian tuang warna lain plak...bergantung anda mau berapa lapis...tp pastikan jgn tuang sampai penuh nanti apam ni akan kembang so letak dlm 1/2 atau 3/4 paras kon aja...
kukus selama 12 minit dgn penutup kukusan dibalut dgn kain. dah masak angkat dan biarkan sejuk..jgn bukak kertas kon tu biarkan dulu sb nanti nak curah coklat plak

double boiler coklat masakan yg dihancurkan sehingga cair
biarkan sehingga suam2 kuku
tuang sedikit atas apam tadi dan letak hiasan atasnya...tunggu hingga ia keras baru bukak kertas kon tadi...selamat mencuba!

 nisahdihati.blogspot.m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...