Hampir setiap tahun sejak beberapa tahun lalu, rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan keadaan jerebu teruk gara-gara aktiviti pembakaran hutan di Indonesia.
Namun di kala kekerapan situasi ini berulang, masih ramai yang tidak faham dan tidak mengetahui fakta sebenar tentang jerebu.
Mari kita lihat lima perkara yang sering disalah tafsir masyarakat tentang jerebu, seperti yang dilaporkan oleh Jakarta Globe.
Namun di kala kekerapan situasi ini berulang, masih ramai yang tidak faham dan tidak mengetahui fakta sebenar tentang jerebu.
Mari kita lihat lima perkara yang sering disalah tafsir masyarakat tentang jerebu, seperti yang dilaporkan oleh Jakarta Globe.
1. Beberapa hasil kajian saintifik di Indonesia mengesahkan jerebu BUKAN berpunca daripada pembakaran hutan yang dibuat oleh syarikat-syarikat perladangan yang besar.
Sebaliknya, aktiviti pembakaran hutan oleh petani-petani kecil merupakan penyumbang utama kepada masalah jerebu yang teruk.
2. Kajian terbaharu di Kalimantan, yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Research Letters, melaporkan 62 peratus asap yang menghasilkan jerebu di Indonesia, Malaysia dan Singapura juga dimulakan oleh petani-petani kecil.
Satu kajian yang dibuat di Riau pada tahun 2014 juga melaporkan 60 peratus daripada kawasan hutan yang dibakar itu, diusahakan dan dihuni oleh petani-petani kecil ini.
3. Mereka yang pernah atau biasa berada di Kalimantan atau Sumatra semasa musim panas dan kering, tahu bahawa aktiviti pembakaran hutan, tidak kira untuk tujuan pertanian atau berburu, adalah satu kebiasaan masyarakat di sana.
4. Undang-undang yang melarang aktiviti ini sememangnya wujud di kebanyakan daerah, namun ianya tidak diendahkan.
5. Kerajaan Indonesia disarankan agar menghentikan pemberian lesen meneroka tanah gambut kepada orang perseorangan dan petani kecil, terutamanya di Sumatra.
Ini kerana kebakaran yang berlaku di tanah gambut adalah punca terbesar jerebu.
astroawani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan