Gambar sekadar hiasan
Keyakinan
kita terhadap dunia sebenarnya mengatasi keyakinan kita kepada akhirat.
Begitu juga nasihat kita kepada anak-anak kita atau rakan taulan.
Biasanya nasihat untuk keduaniaan lebih banyak kita faham dari nasihat
kearah akhirat. Disitu kita akan menjadi lebih cekap lebih pandai untuk
menasihati mereka dalam apa saja bidang yang melibatkan urusan dunia.
Contohnya jika ada yang hendak berurusan di kaunter Puspakom pasti ramai
antara kita dapat memberi tips atau nasihat bagaimana untuk melalui
pemeriksaan kenderaan agar tidak berlaku ulangan pemeriksaan kerana
tidak lulus pada ujian pertama.
Namun
berbeza pula jika seseorang memerlukan nasihat untuk akhirat lalu
berjumpa seseorang contoh seseorang yang memang didalam masjid. Yang
datang berjumpa itu adalah seorang pendosa dan memerlukan nasihat
bagaimana untuk menghapuskan dosa dan digantikan dengan pahala. Dalam
kata ringkas bagaimana menggantikan maksiat dengan ibadat yang disukai
oleh Allah.
Jawapan
yang biasa didapati ialah, 'bertaubatlah', tanpa menerangkan bagaimana
hendak bertaubat dan bagaimana hendak menggantikannya dengan amal
kebaikan. Ini berlaku kerana orang dalam masjid itupun kurang faham
tentang tauhid.
Oh... ya!
Baru Tok Wan teringat satu kisah lama zaman tabi'in. Kisahnya seorang
pemuda yang berpakaian seperti orang miskin hendak beriktikaf dalam
sebuah masjid. Pemuda itu duduk dibahagian perkarangan masjid sambil
berzikir. Kebiasaan masjid Imam atau Bilal ialah orang yang terakhir
meninggalkan masjid. Lalu ketika mana Imam hendak keluar dari masjid dia
pun terpandang akan pemuda yang iktikaf itu lalu Imam menegur pemuda
tersebut.
"Awak nak
beriktikaf dalam masjid ini?" Pemuda tersebut menganggukkan kepala
tanpa membuka mulut kerana tidak mahu memutuskan zikirnya.
"Kalau begitu awak perlu makanan", pemuda tersebut tidak memberikan jawapan bahkan menundukkan kepalanya.
"Jikalau
tiada makanan lebih baik tinggalkan iktikaf dan dapatkan makanan atau
bawa bekal untuk iktikaf" pemuda itu tidak menjawab bahkan terus
menundukkan kepalanya.
"Daripada
terus beriktikaf dalam masjid tanpa ada makanan lebih baik pergi keluar
sana dan cari pekerjaan. Bila dapat wang dan dapat beli makanan barulah
boleh beriktikaf." Kata Imam itu lagi dan seterusnya pemuda itu diam
meneruskan zikirnya. Nampaknya Imam tersebut mengeluarkan kata-kata
bermaksud kedudukan pandangan mata zahirnya terhadap pemuda itu. Nyatak
sekali bahawa pemuda itu berkedudukan rendah dari dia (Imam tersebut).
Kemudian
tiba-tiba pemuda itu mengangkatkan kepalanya dan memandang Imam lalu
berkata. "Yahudi yang berniaga roti disebelah masjid ini telah berjanji
untuk bagi saya roti setiap hari selama mana saya terus beriktikaf
disini." Kata pemuda itu.
"Alhamdulillah...
jikalau begitu bolehlah awak terus beriktikaf disini", jawab Imam
dengan perasaan lega dan baru saja dia hendak melangkah meninggalkan
pemuda itu maka pemuda itu bersuara pula.
"Awak
tidak sepatutnya menjadi Imam dimasjid ini." Kata pemuda itu. Imam yang
baru hendak melangkah pergi mematikan langkah dan berpaling semula
kepada pemuda tersebut.
"Mengapa awak bercakap begitu?" tanya Imam.
"Tauhid
awak telah rosak. Awak lebih yakin kepada seorang Yahudi yang berjanji
akan memberikan roti kepada saya daripada Allah yang menjanjikan rezeki
kepada setiap hamba-hambaNya". Kata pemuda itu.
Lalu jika
andalah Imam itu apakah yang sepatutnya anda buat atau balas balik dari
percakapan pemuda itu. Hari ini pun di negara kita orang yang memegang
tampok agama seperti Mufti atau Ketua Pengarah JAKIM sendiri telah lemah
tauhid. Kes terbaru dimana jerubu menyelubungi negara sejak seminggu
sebelum sambutan kemerdekaan tiada siapa-siapa yang berkeinginan untuk
solat hajat agar jerubu tidak berlarutan. Bukankah lebih elok jerubu
tiada sewaktu lintas hormat Jet-jet TUDM semasa hari perbarisan itu?
Mengapa tiada solat hajat sebelum itu?
Hari ini
juma'at 18hb September, yakni dua minggu selepas hari kemerdekaan dan
jerubu makin tebal sehingga banyak sekolah terpaksa ditutup barulah
dengar JAKIM meminta semua masjid mengadakan solat hajat minta Allah
pulihkan keadaan jerubu tersebut. Sepatutnya sebelum apa-apa.... sebelum
apa-apa, kepada Allah lah kita meminta dan dalam masa yang sama
berusaha dengan pembenihan awan untuk menurunkan hujan. Lupakah kita
Allah Maha Mendengar? Allah Maha Mengatur? Allah Maha Menyusun? Allah
Maha Berlembut?
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan