Rabu, 9 September 2015

Manfaat Buah Ceri Yang Anda Tidak Tahu.




Ceri adalah salah satu buah yang sering dijadikan hiasan untuk mencantikkan makanan dan minuman. Namun, selain menjadi penghias makanan, buah ceri ternyata mempunyai banyak manfaat khususnya bagi kesihatan tubuh. 




Meredakan kecederaan sukan

Selain mempunyai bentuk menarik, ternyata ceri juga mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan, salah satunya meredakan rasa sakit yang muncul ketika melakukan sukan. Perkara ini, kerana ceri mengandungi antioksidan bernama anticyoanin, yang boleh membantu melemaskan otot, selepas bersenam. ia berfungsi seperti ubat penahan sakit, tetapi tanpa kesan sampingan.

Melawan Arthritis

Kandungan dalam buah ceri, juga dapat mengurangkan jumlah natrium oksida dalam darah, yang boleh menyebabkan arthritis. Kebaikan dalam ceri, juga dapat mengurangkan tahap keradangan yang berlaku dalam tubuh, yang boleh berkesudahan pada penyakit berbahaya lain.

Menghilangkan lemak perut

Anda yang ingin memahat perut lebih rata, sebaiknya pengambilan buat ceri. Kandungan dalam ceri, boleh mengurangkan jumlah lemak dalam tubuh, khususnya di bahagian perut. Perkara ini dinyatakan pasukan penyelidik yang berasal dari China.

Membantu tidur

Sebuah kajian berjaya menunjukkan fakta bahawa meminum jus ceri secara rutin dapat memberikan perkembangan kualiti tidur hingga 25 minit dalam sehari. Perkara ini, kerana kandungan dalam ceri terbukti meningkatkan kadar melatonin yang mengangkat kualiti tidur.

zamrispoon

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...