Jumaat, 18 September 2015

TANDA adakah ANDA akan berjaya?…

Hari ini, saya suka ingin berikan 10 lagi untuk melengkapkan senarai 20 tanda-tanda orang yang berjaya. Cuba lihat, adakah anda mempunyai ciri-ciri ini…
 
Sekiranya tiada, pastikan and amalkannya InsyaAllah!

10lagi
  1. Anda minat pada apa yang anda usahakan

    Seringkali, mereka yang berjaya minat dan suka sangat pada apa yang mereka lakukan. Kerja umpama hobi yang tidak terasa penat lelah berhadapan dengannya.



     
  2. Anda faham kekuatan dan terima kelemahan diri

    Mereka yang berjaya menggunakan kekuatan diri untuk kehadapan, namun tidak ego dan akui kelemahan yang ada pada diri sendiri dan sentiasa usaha memperbaiki kelemahan tersebut.
  3. Anda mengaku sekiranya anda tersilap

    Sekiranya anda melakukan kesilapan, anda akan mengakuinya dan tidak menuding jari pada orang lain atau memberi alasan. Menyalahkan orang lain dan memberi alasan tidak akan perbaiki diri sendiri.
  4. Anda seorang yang penyayang

    Anda mudah didekati orang lain dan anda saling menghormati dan sayang pada makhluk Allah swt. Anda akan rasa bahagia apabila melihat mereka di keliling anda bahagia. Itulah kunci kejayaan.
  5. Anda mengambil tanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain

    Anda sanggup mengambil tanggungjawab walaupun yang besar dan sekiranya sesuatu terjadi anda menerima tanggungjawan tersebut adalah tanggungjawab anda dan bukan salah orang lain.
  6. Anda suka sangat belajar perkara-perkara baru

    Anda tahu pentingnya mendalami ilmu dan anda berasa seronok mencari ilmu-ilmu baru dan cuba mengaplikasikannya dengan pantas.
  7. Anda sentiasa mempunyai matlamat untuk menjadi lebih baik

    Anda sentiasa terbayang bahawa diri anda boleh mencapai lebih lagi dari keadaan sekarang. Anda sering menolak diri anda untuk kehadapan dan menjadi lebih baik
  8. Anda banyak bertanya perkara yang anda tidak tahu

    Anda suka bertanya dan belajar dari bertanya. Anda tidak malu untuk bertanya kerana kalau malu bertanya, maka nanti jalan pula yang sesat!
  9. Anda jarang putus asa

    Anda menjadikan usaha sebagai tabiat dan tidak putus asa. Apabila terjumpa kesukaran, anda mengubah cara anda namun tetap tidak putus asa.
  10. Anda yakin pada diri sendiri

    Dan yang paling penting, mereka yang berjaya mempunyai keyakinan diri. Anda yakin anda boleh capai sesuatu yang hebat, mungkin walaupun belum nampak jalannya lagi… tetapi anda tetap yakin dalam hati bahawa satu hari nanti, matlamat anda pasti akan tercapai!
     http://www.irfankhairi.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...