بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Berikut adalah nasihat Saidina Ali ra sebagaimana yang terdapat di dalam Kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabiin ra:
1- Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang yang muda.
2- Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.
3- Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging.
4- Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan miskin.
5- Jagailah ibu bapa kamu , nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu.
6- Bakhil terhadap apa yang ada ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah.
7- Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada wali warisnya atau ke angin. Tidak ada yang terpencil dari seorang bakhil.
8- Seorang yang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan.
9- Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.
10-Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat.
11-Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.
12-Mengajar adalah belajar.
13-Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin.
14-Insan terbahagi kepada 3:
- Mereka yang mengenal Allah
- Mereka yang mencari kebenaran
- Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran
- Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan mengikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
16-Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
17-Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.
18-Harga diri seorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
19-Manusia sebenarnya tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.
20-Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.
21-Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampau batas.
22-Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya.
23-Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta
24-Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya.
25-Barangsiapa yang mencari yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
26-Mereka yang mendengar orang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
27-Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.
28-Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
29-Orang yang dengki marah kepada orang yang tidak berdosa.
30-Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap kepada manusia adalah suatu kehambaan.
31-Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
32-Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat.
33-Taat kepada perempuan selain ibu adalah kejahilan yang paling besar.
34-Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan.
35-Jika berharta , berniagalah dengan Allah dengan cara bersedekah.
36-Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.
37-Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
38-Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.
39-Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.
40-Jika kamu telah menguasai musuhmu maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
Daripada http://mselim3.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan