Ahad, 13 September 2015

Resepi - Popia Daging

Popia Daging

BAHAN-BAHAN:
2 keping kulit popia
100gm dendeng daging
60gm keju mozarela | diparut
1 biji telur | untuk sapuan
 
 
BAHAN DENDENG
1.5kg daging lembu
60gm cili boh
150gm bawang merah | dikisar
30gm bawang putih | dikisar
30gm halia | dikisar
75gm kicap lemak manis
50gm asam jawa | dibancuh
bersama sedikit air
30gm serbuk perasa ayam
Minyak untuk menggoreng secukupnya
 
CARA MEMASAK:
 
1. Dendeng daging: Rebus daging hingga empuk dan tos airnya. Ketepikan daging seketika dan simpan air rebusan daging.
2. Hiris daging yang telah direbus tadi dan ketuk hingga leper.
3. Seterusnya, masukkan daging tadi ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit kicap lemak manis. Perapkan selama 30 minit dan goreng hingga masak. Ketepikan seketika.
4.Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama cili boh hingga wangi.
5. Kemudian masukkan air rebusan daging berserta daging yang telah digoreng. Gaul hingga sebati. 
6. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, lebihan kicap lemak manis dan serbuk perasa ayam. Biarkan hingga masak.
7. Untuk membuat popia, ambil kulit popia dan letakkan di atas pinggan.
8. Kemudian susun keju dan juga daging dendeng di atasnya.
9. Gulung kulit popia dengan kemas dan sapukan telur di bahagian hujung untuk melekatkannya.
10. Goreng popia dalam minyak yang panas hingga berwarna kuning keemasan. Sedia untuk dinikmati.
rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...