Punya wajah yang tampan bonus buat lelaki untuk pikat wanita dengan
lebih cepat. Namun berhati-hati dengan sikap anda kerana ramai
beranggapan lelaki tampan suka mempermainkan perasaan wanita.
Ketahui sikap lelaki tampan yang menakutkan wanita...
1. Kuat perasan
Tidak semua tetapi kebanyakan lelaki 'ada rupa' lupa diri dan berlagak
sombong. Kadang dengan gaya jalan pun boleh tahu. Jangan menyombong
sangat ya, wanita cukup malas nak melayan karenah lelaki yang bajet
kacak. Oppss!
2. Pilih bulu
Wanita berkerjaya hebat dan cantik jalan berpegangan tangan dengan
lelaki yang rupanya biasa-biasa sahaja. Golongan wanita beranggapan
lelaki tampan pasti ramai peminat dan mereka berusaha menjauhkan diri
daripada lelaki ini. Jadi, ubah sikap anda yang suka memilih bulu dalam
berkawan.
3. Ikon kasanova
Tidak pelik jika lelaki tampan digelar sebagai kasanova sekiranya
mereka menjalinkan hubungan dengan ramai wanita dalam satu masa.
Dilabel dengan gelaran itu ada kalanya menyeronokkan. Siapa yang tidak
mahu digilai, namun berhati-hati kerana anda mungkin dapat pasangan dari
‘spesies’ yang sama.
4. Jenis suka bagi alasan
Selalunya alasan yang dicipta itu adalah untuk melepaskan diri dan
kerap kali juga alasan tidak masuk akal itu diterima pasangannya. Awas!
Jika sekali anda jatuh cinta secara serius dan dipermainkan seperti itu,
baru anda rasa sakitnya hati.
5. Mata Duitan
Bukan wanita sahaja yang materialistik di dunia ini, begitu juga
lelaki. Mereka menggunakan kelebihan untuk mengenakan wanita. Dengan
wajah kacak, kebanyakan mereka berhubungan dengan wanita lebih kaya bagi
menanggung hidup mereka. Hati-hati, jika silap langkah anda sendiri
yang merana.
Lelaki, jika anda ada peluang dengan seorang wanita, jangan sesekali
mainkan hati. Ingat, wajah yang tampan bukan jaminan untuk anda bahagia
selamanya.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan