Isnin, 28 September 2015

Cinta Tidak Semestinya Memiliki

 Hasil carian imej untuk cinta
Mungkin anda pernah dengar ayat ini,
Cinta tidak semestinya memiliki…
Ada orang yang bercinta sudah bertahun lamanya. Masing-masing sudah kenal hati budi masing-masing. Ibu bapa pun sudah kenal dengan siapa kita berkawan.

Tetapi sayangnya, percintaan itu tidak semestinya kekal lama. Tidak semestinya percintaan itu akan kekal sehingga ke alam perkahwinan.

Walau bagaimana sekalipun kita menyayangi seseorang, tidak semestinya dia akan menjadi milik kita selamanya.

Kita kena bersedia untuk menerima dan redha bahawa tidak semestinya apa yang kita inginkan, akan kita dapat. Kita kena sedia menerima perasaan kecewa dan sedih dalam hidup yang kita lalui ini.



Memang kita akan rasa sakit, tetapi kesakitan itulah yang akan membuatkan diri kita menjadi lebih kuat pada masa akan datang.

Usah dipertikai kenapa diri kita yang ditimpa ujian ini. Usah ditanya kenapa diri kita yang mesti melaluinya. Kerana setiap ujian yang kita lalui itu ada hikmahnya.

Jika kita merasakan ujian yang kita lalui adalah perit, sebenarnya ada insan lain yang lebih perit ujiannya dari kita.

Jadi, jika kita sedang bercinta, bersedialah untuk menerima bahawa tidak semestinya si dia yang kita sayang dan cinta itu akan menjadi milik kita.

Tidak semestinya insan yang kita sayang dan cinta itu akan kekal menjadi pasangan kita hingga ke hujung nyawa.

Cukuplah sekadar kita menjaga dirinya semasa si dia ada bersama dengan kita. Cukuplah sekadar kita menumpang perasaan bahagia dan gembira disaat kita bersama.

Jika ada jodoh antara kita dengannya, bersyukurlah kepada yang Maha Esa. Bersyukurlah kerana diberikan peluang untuk kekal bersama dengannya.

Tetapi jika tidak ada jodoh antara kita dengan si dia, bersabarlah. Percaya dan terimalah bahawa ada seseorang yang lebih baik sedang menantikan kita di luar sana.

Mungkin si dia sedang menunggu dan menanti bilakah kita akan tiba berjumpa dengannya. Mungkin si dia sedang tertanya-tanya, siapakah insan yang akan menjadi pelengkap hidupnya.

Tetapi bilakah kita akan bertemu dengannya? Tidak ada siapa yang tahu. Mungkin esok, mungkin lusa. Atau mungkin di syurga? Tidak ada siapa yang tahu.

Itulah realiti kehidupan. Tidak sama seperti dalam novel cinta yang dibaca. Tidak sama seperti drama TV yang dilihat. Segalanya penuh dengan tanda tanya dan misteri.

Walau apapun, untuk sekarang ini, untuk saat ini, hargailah setiap saat dan waktu ketika kita bersama dengan si dia. Hayati dan jiwai setiap peristiwa dan kenangan yang dilalui bersama.

Kerana mungkin, kerana mungkin, itu adalah pertemuan terakhir kita dengannya.
 http://www.tentangcinta.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...