Ahad, 13 September 2015

Percakapan Yang Sia-sia


Tanpa kita sedar kita banyak melakukan percakapan yang sia-sia. Contohnya ketika cuaca panas tanpa ada apa-apa yang hendak dicakapkan maka kita atau rakan kita akan cakap, 'Panaslah hari ini'. Lalu adalah satu lagi hamba Allah yang akan menokok tambah sebagai menyambung percakapan tersebut yang bunyinya, 'Kat akhirat nanti lagi panas'.

Kat akhirat nanti lagi lebih panas bermaksud kat Padang Mahsyar atau kat dalam Neraka lagi panas. Memang semua orang sudah tahu kat Padang Mahsyar dan neraka teramat panas. Padang Mahsyar saja mempunyai 12 biji matahari yang berada dalam jarak sejengkal dari kepala. Api neraka pula sebenarnya 69 kali ganda lebih panas dari api yang ada didunia ini.
 
 

Sebenarnya percakapan kita bukan saja sia-sia bahkan perbandingan kita juga salah. Kita tidak sepatutnya membandingkan perkara yang negatif. Perbandingan yang baik ialah perbandingan yang positif atau perbandingan yang elok. Apabila kita membandingkan panas di akhirat dengan panas didunia ianya seolah-olah kita sudah tahu bahawa diakhirat kelak kita akan ditempatkan ditempat yang panas. Bukankah diakhirat ada dua tempat untuk kita pilih. Jadi kenapa kita memilih tempat panas sehingga perbandingan panas dunia juga sering kita kaitkan dengan panas akhirat.

Bahkan lebih elok jika kita jawab, 'Panas dunia ini panas sementara'. Kemudian pasti ada yang menuntut agar percakapan itu disambung dan untuk menyambungnya kita boleh menambah, 'Dunia ini pun hanya bersifat sementara'. Kemudian kita akan cuba membawa percakapan tentang dunia kepada percakapan tentang akhirat, tapi bukanlah percakapan yang membandingkan seolah-olah kita pasti akan ketempat panas. Cubalah bercakap tentang perkara-perkra yang baik pasti Allah dan para Malaikat suka.

Satu perkara lagi tentang percakapan juga ialah jikalau tidak ada apa-apa yang hendak dicakapkan maka lebih baik diam. Kita hanya mendengar sebab dalam mendengar banyak perkara yang kita dapat belajar, bila banyak yang kita dapat belajar maka semakin berilmulah kita. Namun apabila ilmu semakin meningkat ingatlah ilmu yang baik bukan untuk didebat sebaliknya diamalkan. Dan jangan berdebat dengan orang yang tidak berilmu. Biasanya orang tidak berilmu apabila bercakap segala perkara dia tahu. Ketika kita mendengar percakapn yang tidak baik seelok-eloknya berhenti mendengar dan mulailh beristighfar dalam hati. Berhenti mendengar disini bukanlah menutup telinga tapi buatlah macam biasa, kita ada disitu namun jiwa kita online dengan Allah melalui zikir dan istighfar.

Kita perlu beristighfar kerana mendengar percakapan yang sia-sia pun kita akan turut berdosa juga. Dan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kita hendaklah sentiasa beristighfar apabila dalam keadaan lalai seperti terpaksa duduk dalam suasana dikelilingi orang-orang yang melakukan percakapan sia-sia. Nabi s.a.w. sendiri setiap hari beristighfar sebanyak 70 kali dan pastinya kita kena istighfar sebanyak 100 kali setiap lepas suboh dan 100 kali selepas asar.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...