Jumaat, 18 September 2015

Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan

Ketika datang bulan, memang asyik rasa nak makan je tapi kena tahu apa yang boleh dan tak boleh makan.
  • Selepas kami melihat satu posting daripada Facebook Rahsia Hawa semalam, kami juga ingin berkongsi dengan anda senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil oleh wanita semasa datang bulan


    1. Daging berlemak


    • 73b7 
       Image via frugivoremag.com

    Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.
    says.com





    2. Ais Krim


    • Tumblr mn9qurdbsi1qbih6so1 250 Image via tumblr.com

    Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?

    Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

    says.com



    3. Snek dan kerepek


    • Fc31 
       Image via ytimg.com

    Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung.
    says.com




    4. Cokelat, biskut dan kek


    • Tumblr n6sze14l9o1tbh1dho1 500 
       Image via tumblr.com

    Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.

    Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.

    says.com



    5. Kopi


    • Tumblr neg50kypif1s30ko5o1 500 
       Image via tumblr.com

    Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.

    Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

    says.com



    6. Minuman tenaga


    • A8c3 
       Image via cowbang.co.uk

    Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut.
     http://says.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...