Nama Charles O’Rear mungkin masih asing di
telinga dan ingatan anda, Tetapi sebenarnya anda mengenali dirinya
melalui hasil karya yang menjadi tatapan berjuta ramai orang di muka
bumi ini terutamanya pengguna Windows Xp. Hasil karya terkenalnya ialah
sebuah gambar pemandangan padang rumput hijau di bawah langit diselaputi
awan yang merupakan “wallpaper default “Windows XP.
Menurut Charles, gambar ini diambil di Napa Valley yang terletak di
sebelah utara San Francisco pada tahun 1996 dan yang menariknya gambar
ini dihasilkan tanpa bantuan perisian “editing”.
Gambar berjudul “Bliss” ini diambil dengan menggunakan kamera Mamiya RZ67 serta bantuan tripod.
Jurugambar National Geographic ini ketika itu sedang menuju ke kediaman
kekasihnya yang bernama Daphne, dan kini telah pun secara sah menjadi
isteri beliau. Ketika dalam perjalanan, dia menyaksikan awan-awan
terpisah di antara satu sama lain di atas rumput hijau yang sangat
indah.
Lalu jurugambar yang kini berusia 73 tahun turun dari kereta dan
merakamkan detik indah pemandangan tersebut menggunakan kameranya.
Kemudian Chuck mempamerkan hasil karyanya itu di sebuah galeri gambar.
Gambar ini dibeli oleh Microsoft pada tahun 2001 untuk digunakan sebagai
wallpaper Windows XP. Tidak terlintas langsung di fikiran Chuck bahawa
karnya itu menjadi tatapan jutaan penduduk dunia.
Pihak Microsoft sendiri datang untuk berjumpa dengan Chuck pada awal
April 2014 untuk mengadakan perbincangan mengenai gambar yang menjadi
fenomena ini dan juga untuk memberikan penghormatan terakhir kepada
jurugambar ini sebelum pihak Microsoft menamatkan sepenuhnya penggunaan
sistem operasi Windows XP pada 8 April 2014.
Sumber: SajaKongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan