Saya kongsikan tips ini untuk peringatan kepada semua setelah banyak kedai-kedai yang menjual kacamata rayban palsu yang merebak bukan sahaja di pasar malam atau uptown malah kedai optikal juga turut sama menjual rayban palsu. Kedai optikal yang saya maksudkan bukanlah kedai optikal dengan nama yang besar, tetapi kedai-kedai “single shop”. Sekali imbas memang nampak seperti original dan ditawarkan dengan harga yang sama atau lebih rendah sedikit berbanding dengan original.
Pengalaman saya “survey” dari 1 kedai ke 1 kedai ini, hampir kesemuanya mencampurkan produk original dengan “fake”. Model yang banyak “fake” adalah model dari kategori ‘The Icons’ sebab model-model ini memang popular dan dikeluarkan sepanjang zaman. Model ‘The Icons’ adalah Aviator, Shooter, Outdoorsman, Wayfarer dan beberapa lagi.
RAYBAN: Rayban dimiliki oleh syarikat Luxottica Group. Sebuah syarikat Itali setelah membeli dari Bausch & Lomb pada tahun 1998. Jadi kalau anda masih terjumpa stok baru by ‘Bausch & Lomb’, sah-sah ia adalah palsu. Untuk pengetahuan, Luxottica ini juga mengeluarkan kaca mata jenama-jenama mewah yang lain seperti Burberry, D&G, DKNY dan jangan tak tahu, Oakley juga adalah jenama di bawah Luxottica Group. Boleh rujuk www.luxottica.com
Jadi, bagaimana nak membezakan produk original dan palsu? Di bawah ini saya senaraikan beberapa tips. Perbandingan yang saya buat ini berdasarkan stok baru batch 2012. Ada beberapa kelainan berbanding batch sebelum ini yang akan saya terangkan kemudian. So, kita akan mulakan dengan:
1. KOTAK
Kenapa kotak? Sebabnya, pengeluar Rayban palsu ini lebih berusaha untuk meniru kaca mata itu sendiri berbanding kotak. Kotak tidak dipamerkan di ruang jualan dan pelanggan biasanya akan membelek kaca mata berbanding kotak. So, tips di sini kalau anda dah belek spek dan bertanya tentang keasliannya, cuba pula tanya soalan ini, “boleh tengok kotak tak?”
Apa yang ada pada kotak?
Pada kotak tersebut ada 1 pelekat yang memaparkan Manufacturer, Model No, Colour Code, Size dan Barcode. Semua ini mestilah sepadan dengan kaca mata yang nak dibeli. Yang turut dicetak pada kaki sebelah kiri spek tersebut,
2. CASING/POUCH
Casing untuk Rayban secara asasnya cuma ada dua warna iaitu hitam dan coklat, kecuali merah untuk model rare print, black carbon fiber untuk Rayban Tech dan kelabu dengan tulisan titanium untuk titanium series.
Contoh yang saya tunjuk ini adalah untuk model Aviator RB3025 dan RB3026. RB3025 lebih slim manakala untuk RB3026 lebih besar sesuai dengan saiz kaca matanya juga yang lebih besar. Model Wayfarer juga menggunakan casing yang sama seperti RB3026. Untuk batch yang baru ini, kesemua model RB3025 yang saya ada datang dengan casing warna coklat. Mungkin next batch ada warna hitam pula.
3. CLOTH & PRINTED MATERIAL
4. LENS STICKER
Sticker pada lens mungkin berbeza-beza. Ada yang bersticker dan ada yang tak ada sticker. Tapi yang paling penting harus diketahui apa makna disebalik sticker berkenaan. Contoh di bawah adalah G-15 (Rayban terkenal dengan lens jenis ini). Green dengan 15% light transmission.
Jadi kalau lens anda warna selain dari G-15 tapi ada sticker G-15, memang ada yang tak kena. Begitu juga dengan polarized. Kalau ada sticker polarized pada non-polarized lens pun ada yang tak kena juga. Sticker lain adalah Rayban Tech pada model Carbon Fiber dan juga B-15 untuk lens Brown 15% light transmission. (dulu ada B-20 tapi sekarang dah tak ada lens jenis ini.)
Cuba perhatikan kedudukan perkataan Rayban itu. Semuanya pada sudut dan jarak yang sama. Ruang atas antara bingkai dan tulisan pun sama. Yang palsu pula ada yang ke bawah sedikit atau ke atas sedikit ataupun ke tepi sedikit. Perhatikan betul-betul.
6. BINGKAI
Pada sebelah kiri kaki spec akan tercetak model, colour code, size dan filter type. Contoh RB3025 AVIATOR LARGE METAL 001/51 58-14 3N. Di bahagian sebelah kanan pula Rayban MADE IN ITALY R CE. Yang palsu pun mungkin ada juga. Jadi, periksa sama ada sepadan dengan kotak ataupun tidak. Anda juga boleh mendapatkan bantuan dari Google. Taip saja model dan colour code, contoh, RB3025 001/51. Kalau keluar sama dengan yang anda ingin beli, anda bernasib baik. Jika sebaliknya, jangan beli.
Ada juga beberapa model Rayban untuk pasaran asia mungkin Made In China atau Made In Japan. Kalau anda terjumpa yang seperti ini, tidak semestinya spek itu palsu.
Ramai yang keliru bab skru sebab ramai yang cakap original pun menggunakan skru ( – ). Kalau guna skru ( + ) itu adalah palsu disebabkan model lama Rayban Aviator memang guna skru ( – ). Tetapi semenjak beberapa tahun yang lalu, model Aviator yang baru datang dengan skru ( + ) manakala model Wayfarer masih kekal dengan skru ( – ). Jadi skru ( + ) tidak semestinya palsu.
Ciri-ciri yang lain adalah pada bawah bridge bertulisan Ray-Ban dengan saiz contoh 58-14. Perhatikan jenis font dan jaraknya. Kemas dan tidak terlalu rapat. Tulisan RB pada nosepad dan juga rekaaan ear pad yang bengkok ke luar.
Okay, rasanya ini saja yang dapat saya kongsikan. Ini hanyalah sebagai panduan. Yang palsu mungkin juga mempunyai sesetengah dari ciri-ciri di atas. Jadi berhati-hati supaya anda tidak tertipu. Anda boleh merujuk laman rasmi Rayban untuk senarai model dan warna www.ray-ban.com/international dan www.raybanmalaysia.com
Semoga artikel ini membantu anda untuk mengenali yang mana Ray Ban original atau palsu.
ammar blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan