Selasa, 29 September 2015

Resepi - PUDDING in jar

ambil dari blog Kak Ct@Ct Delima…kalau ikut pada resepi asal ianya adalah pudding rainbow…tapi QH mengolahkannya sedikit…mengikut tema la katakan…QH tak merainbowkan puding ni…hanya menggunakan warna biru dan kaler asal susu tu saje…lepas tu layernya pon berbeza…bukan sebab malas yer…hihihi…saje dibuat begitu…

 



Tak susah pon nak buat puding ni…cukup senang…resepinya pon mudah…untuk satu adunan resepi ni…jika menggunakan botol saiz macam QH ni…maaf la lupa lak ape sizenya…lama dah QH membelinya…boleh dapat dalam 9 botol…jika nak banyak boleh gandakan saje adunan di bawah tu yer…

Jika menggunakan botol caranya sama saje seperti biase…tuangkan saje dalam botol tu…jangan takut botol takkan pecah jika dimasukkan adunan tu panas2...kalau dah puding tu ianya sedap dihidang ketika sejuk…sila la mencubanya yer…

Terima kasih pada Kak Ct kerana sudi berkongsi resepi ni…QH nak kongsikan pula di sini yer…jom skodeng resepinya…^__^

Rainbow Pudding
By: Kak Che CT@CT Delima
Bahan pudding plain :
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter air - 4 1/2 cawan
Bahan pudding susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter susu cair - 4 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna makanan:
merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu. Cukup sekadar 1-2 titik setiap lapisan atau sesuai keperluan. (QH menggunakan warna biru sahaja)
Cara-cara :
1. Masak pudding plain dan pudding susu didalam periuk berasingan hingga mendidih, kemudian kecilkan api hingga yang paling kecil, cukup sekadar pudding sentiasa panas.
2. Siapkan loyang/acuan pudding pilihan, basahkan dahulu dengan air. (QH menggunakan botol kaca)
3. Ambil 150 ml pudding plain, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang ke loyang /acuan. (jika buat di dalam botol sukat mengikut ketebalan yang diingini, kalau boleh biarla sama rata ketebalannya baru cantik) biarkan hingga bahagian atas pudding seperti ada lapisan, jika disentuh dengan jari sudah tidak melekat tapi pudding masih belum beku. 
4. Kemudian ambil 150 ml pudding susu pula, titik kan pewarna merah secukupnya. (yang ini QH tak mewarnakan susunya) Tuang di atas pudding merah tadi secara perlahan-lahan sesudu demi sesudu dengan jarak dekat dari permukaan pudding sebelumnya agar lapisan pudding di bawahnya tidak bocor.
5. Ulang proses tersebut berulang-kali dengan warna yang berlainan hinggalah warna yang terakhir dengan cara yang sama. Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan dari loyang/acuan. Dan sajikan ketika sejuk.

NOTA : Proses melapis mesti dilakukan dengan perlahan-lahan dan cermat untuk mendapat lapisan yang cantik.
qaseyhoney.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...