Selasa, 29 September 2015




Siapa yang tidak mahu keliling dunia? Pastinya semua orang memasang impian untuk mengelilingi dunia kerana ianya merupakan suatu pengalaman menakjubkan. Tapi sayangnya tidak semua orang boleh mengelilingi dunia kerana faktor wang yang menjadi penghalang.

Yang tidak berkesempatan untuk mengelilingi dunia usah berkecil hati. Ada baiknya anda mengubati impian anda yang tidak kesampaian itu dengan menonton video berdurasi selama seminit ini.
Walaupun hanya berdurasi satu minit, tapi jangan pandang rendah terhadap video ini. Dengan menontonnya, ianya membuatkan seolah-olah anda sedang mengelilingi dunia. Hihi


Video berjudul “Move” ini dibuat oleh Rick Mereki, seorang pengarah filem, jurugambar, sekaligus pengembara. Keistimewaan video ini ialah walaupun hanya seminit, video ini dibuat selama 44 hari di 11 buah negara seluruh dunia.
Jadi jangan hairan jika menonton video ini membuatkan anda merasa pengalaman seperti mengelilingi dunia. Tak percaya? Jom tengok video di bawah ini.

 
pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...